Masjid Itu Hidup Ku

Sayu saja rasa hati bila baca title buku ni. Rasa macam seram sejuk pun ada. Tapi ini lah hakikat sebenar iaitu masjid adalah rumah Allah yang perlu di kunjungi selalu i.e. tempat untuk sembahyang berjemaah. Dulu masa aku masih remaja, aku selalu juga ke surau. In fact surau lah tempat aku mentelaah buku pada setiap hari. Selepas solat Isyak dan waktu pagi hujung minggu aku menjadi penghuni setia di surau. Tapi surau tu dah tak ada lagi. Dah di roboh. Aku pun tak tahu kenapa. Mungin masjid baru sudah di bina dan surau tu dah usang dan tiada pengunjung lagi. Sebenarnya surau tu adalah nostalgia yang istimewa bagi aku. Aku membesar bersama surau tersebut.
.
Bila my sister kahwin, abang ipar aku akan bergegas ke surau atau masjid untuk sembahyang berjemaah. Samaada hujan atau taufan dia tetap akan ke surau atau masjid. Begitu juga dengan abang sulung aku. Masa tu aku pegi juga tapi tak istiqamah. Kalau lapang pegi. Tapi kalau malas tak pegilah. Sebenarnya untuk ke surau atau masjid adalah pilihan dan hidayat dari Allah untuk menjemput tetamunya. Bukan semestinya seseorang itu sihat atau sakit, kaya atau miskin, dekat atau jauh, hodoh atau cantik, ilmu atau jahil... senua itu belum tentu untuk datang ke masjid atau surau untuk sembahyang berjemaah sebab semuanya perlu ada 'talap' i.e. keinginan dalam diri untuk ke rumah Allah. Bukan atas kebolehn tetapi atas pilihan ehsan dari Allah.
.
Penulis buku ini, Ustaz Gunawan, aku rasa aku pernah jumpa da kenal. Aku pun teringin untuk memiliki buku ini untuk menjadi panduan dan sebagai pemberi kekuatan untuk suka ke surau dan masjid. Bagi sesiapa yang inin mengetahui lebih lanjut dengan buku tersebut sila lawati blog seperti di bawah.

http://masjidituhidupku.blogspot.com/

Untuk berada di dalam surau kita perlu tahu adab adabnya sebab surau dan masjid adalah rumah Allah. Kita tidak boleh sesuka hati nak buat apa saja. Jadi sebagai peringatan dan ulangkaji bolehlah lawati blog sahabat aku seperti yang tertera di bawah.

http://azharjaafar313.blogspot.com/

Semoga Allah kekal kan hidayah pada diri kita untuk terus beramal soleh berlandaskan sunnah Nabi S.A.W.

Comments

Popular posts from this blog