Good Luck And All The Best

Dear Ubai,

Apa khabar Ubai? Ba sentiasa doakan Ubai dalam kandungan sihat walafiat dan selamat selalu. Buat diri Ba di sini alhamdulillah seperti biasa. Cuma sekali sekala ingatkan umi dan anak anak Ba yang lain terutamanya Yusuff. Umi beritahu dia dah semakin nakal dan vocab dia pun dah improve tapi slow sikit. Ba baru saja berbual dengan Wan tadi. Alhamdulillah dia dah ok dan tak seperti dulu lagi. Ba harap dia sudah menemui kekuatan dan semangat baru. Ba akan terus motivasi dia dan insyaallah semangat kentalnya yang dahulu akan datang dan pulih kembali. Hidup ini adalah tempat yang penuh dengan seribu macam masalah dan dugaan. Kita perlu menghadapinya dengan sabar dan solat. Barulah kita akan menjadi kuat dan matang. Syurga sahaja tempat yang tiada masalah lagi. Hidup yang tenang, damai dan gembira selalu. Apa yang kita inginkan dengan niat sahaja akan termakbul sepantas kilat.
.
SPM pun tinggal 29 hari sahaja lagi. Itu jawapan yang Ubai beri pada Ba tadi. Ba harap Ubai dapat buat persiapan yang rapi dan tertib semoga di hari peperiksaan nanti Ubai akan dapat melakukannya yang terbaik. Semuanya bergantung kepada usaha Ubai sendiri dan keputusan nanti pun bergantung kepada usaha Ubai juga. Gunalah masa dengan sebaik mungkin dan tiada istilah terlambat walau dalam jangka masa yang singkat. Semua keputusan anak anak Ba, Ba dapat meneka atau meramal dengan tepat sekali. Melihat kepada usaha belajar dan mentelaah Ba dah boleh baca apa keputusan akan dimiliki. Kadang kamu semua hairan bagaimana Ba boeh meramal dengan sebaik mungkin. Untuk pengetahuan Ubai, kamu semua telah di didik dari kecil. Dari tapak kaki sebesar dua jari. Seperti orang tua berkata sekilas pandang ikan di air sudah tahu jantan betinanya.
.
Ubai,

Untuk kesempatan ini Ba ingin mengucapkan all the best and good luck untuk peperiksaan SPM dalam sebulan lagi dan terus maju tanpa menoleh ke belakang. Sekiranya sekarang Ubai baru bergerak seperti memandu mercedes tetapi sekarang Ubai perlu bergerak laju seperti memandu Formula 1. Jagalah waktu dengan sebaik mungkin sebab masa itu emas dan tersangat berharga. Semoga nasihat dan kata peransang dari Ba, Ubai dapat jadikan azimat yang membina. Akhirkata jagalah amalan dan solatmu sebab ia adalah kejayaan sebenar yang abadi.

Love,
Ba

Comments

Popular posts from this blog