Beraya Di Kedai Che Nas

This is my friend Che Nas. Aku dah kenal dia şebih 20 tahun. Pertama kali aku berjumpa dengan dia di Dewsbury dia terus jemput aku ke rumah dia di Portsmouth. Masa tu aku baru lagi first year dan masih lagi janggal dengan suasana UK. When time comes aku dah beberapa kali ke tempat dia dan lepak lepak di sana. Raya baru ni sementara nak ambil anak dara aku aku singgah sekejap di kedai Che Nas. Sekarang dia dah ada kedai jahit sendiri kira macam butik gitu. Aku lepak lama juga sambil menikmati tomyam yang dia baru masak dan masih panas serta kueh kole kacang. Perut aku masih lapar pada masa tu so aku sental semahunya. Best sedap....... Banyak benda yang kami borak sampai tak kering gusi. Aku puas dan seronok sebab tak perlu lagi bicara soal kerja dan projek. Aku rasa fikiran aku lapang dan tenang bila aku berbıcara dengan Che Nas.


Inilah kedai member aku yang terletak di Batang Kali. lama dah nak datang cuma baru baru ni saja berkesempatan. Aku rasa lepas raya dia releks la sikit. Tapi aku nengok dalam rak tu masih banyak yang pelanggan belum ambil baju tempahan. Nak upah baju kurung biasa tanpa tulang belut dan lain lain eksesori baru RM18. Mana nak dapat harga tu di KL. Tapi tahun ni wife aku tempah kat jiran saja. Baju melayu anak anak aku pun aku beli yang dah siap. Kalau sapa nak datang dan tempah ke kedai Che nas, bolehlah datang ke Batang Kali kedai sebelah pasar dan sebelum stesen Petronas.
Ini baju yang dah siap di jahit yang di jadikan contoh. Harga RM80 sahaja.

Cubalah nengok baju kurung yang bergantungan tuh. Aku tak tahulah yang tu yang siap untuk di jual atau tempahan dari orang ramai. kadang bila aku nengok member aku dengan simple life and tak hectic jeles juga aku. Rasa diri begıtu damai dan tenang. Tak perlu berkejar ke sana kemari.

Comments

Popular posts from this blog