Hafiz Nur Yusuff


İnilah anak bongsu aku. 3rd Dec dia akan berusia 2 tahun. Sekarang belum pandai berbicara. Cuma tiga empat patah perkataan sahaja vocab dia. Tapi kalau beri apa apa arahan faham. Blog dia pun aku rasa dah penuh sarang lelabah. Entah bila aku nak tulis semula. Mood tak datang datang lagi. Anyway aku akan cuba iktiarkan untuk sambung semula cerita di dalam blog tu. balik baru ni barulah dia terus mahu pada aku. Bila nampak saja aku terus dia salam dan cium tangan. Sebelum tu mesti ambil masa seminggu untuk dia ingat kembali pada aku. Bila dia dah mesra dengan kita dah kita nak balik ke sini pulak. Dulu Shahadah, sekarang Yusuff pulak. Tadi waktu aku call my wife, Yusuff tak sihat sebab muntah muntah dan demam. Umi kata sebab makan ABC masa hantar kak Kiz balik asrama. Ba doakan agar Yusuff cepat sembuh dan aktif kembali.

Comments

Popular posts from this blog