Siapakah Si Dia İtu???


Gambar tu adalah makwe baru aku dari Jepun. Aku berkenalan semasa dalam perjalanan ke Troy. Nama dia mayumi Itsuwa. Percaya ke??? Ni yang kelakar aku nak cerita skit. Masa aku decided nak ke Troy seorang diri sebab dua member aku tak nak ikut, aku dok fikir fikir macam mana aku nak bergambar. Tak kan nak ambil gambar sendiri kot. Kita pun nak kasi posing yang cun cun jugak kan. Mau tak mau aku kena suruh orang tolong ambil gambar aku. Kalau depa snap tak cantik pun sabar ajelah.
.
Masa aku naik feri, aku tercari cari sapa yang nak aku suruh ambil gambar aku. Masalah bahasa memang dah biasa. Akibatnya kita cakap lain depa understand lain. Inilah apa yang berlaku pada aku. Sebenarnya aku nak ambil scenery kat belakang tu sebab ada marina. Aku ternampk ada tiga minah Jepun ni and aku terus minta mereka tolong ambilkan gambar aku. Oleh kerana depa tak faham english aku pun bagi hand gestures aku sekali. Aku nampak mereka macam hairan semacam. Lepas tu Mayumi ni terus dok tepi aku untuk bergambar bersama sama. Aku pun hairan jugak apsal dia nak bergambar dengan aku. Tak apalah...jadi kami berdua pun posaing. Lepas aje selesai aku ucapkan terima kasih. Rupa rupanya understanding depa lain. Please follow this short conversation:

One of Mayumi's Friends asked me,' Do you like her?'

Aku answer,'Noo....no...no...' ( Rupanya maksud mereka dah lain)

Lepas tu mereka terperanjat lalu bertanya,'You dont like her?' Sebab mereka hairan apsal aku bergambar dgn Mayumi lepas tu aku jawap 'No'.

Aku pun ermalu sekejap dan terus menjawap,'That was not what I meant....anyway she is pretty.'

After that aku cuapkan terima kasih dan terus berlalu. Hhhmmm....inilah akibatnya kalau maksud lain dan di stilahkan lain....

Sebenarnya maksik tu bukan nama Mayumi Itsuwa. Saje aje aku letak sebab aku suka sangat dengar lagu lagu Mayumi İtsuwa.

Comments

Popular posts from this blog