Tahniah Untuk Shamim


Hari Khamis lepas tetiba talipon aku berdering. Aku dah agak mesi anak aku Shamim talipon. Aku lihat pada jam di sebelah. Tepat pukul 4 pagi. Shamim kata,'Ba, saya nak kesekolah tau. Ba jangan lupa sembahyang hajat and berdoa untuk saya tau..' Aku pun menjawab,'Ok...' Lepas tu aku cuba tidur kembali tapi tak boleh nyenyak sebab tidur sudah diganggu. Sekarang subuh masuk pada pukul 6.35 pagi. Akhirnya pukul 5.50 pagi aku pun bangun untuk tunaikan permintaan anak aku. Kalau anak aku tak ingatkan pun aku tahu apa yang nak aku buat pagi tu.
.
Aku kata pada wife aku semalam, kalau bunyi talipon awal tu mesti resuit ok kan.... Lepas aku siap, terus ke ofis. kalau sini pukul 8 pasti di sana sudah pukul 11.00 pagi and result mesti dah dapat. Aku tak adalah gementar dan panik sebab aku dah dapat rasakan yang Shamim akan mendapat result yang cemerlang. Lagi pun bila dah anak ramai tu dah biasa dengan keputusan mereka. So far ramalan keputusan anak anak aku semua tepat belaka. Anak anak aku pun hairan macam mana aku boleh memberi ramalan yang tepat. Ayat biasa aku adalah....' Ba dah bela korang sejak tapak kaki korang sebesar dua jari Ba aje..... Lagi pun nengok korang study dah boleh agak apa yang you all semua akan dapat.'
.
Alhamdullah anak aku dapat 5A and aku dah janji hadiah netbook untuk dia. Semalam keputusan sekolah ugama dia dapat Jaid Jaidan aje...oklah tuh. Anak aku ni memang aku tak angkat pot langsung bila dia belajar sebab sepanjang dia sekolah dari darjah 1 aku tak ada di Malaysia. Tapi dia adalah seorang yang berdisiplin and organise sebab itu aku yakin akan kejayaan dia. Sekarang dok fikir nak belajar di sekolah mana pula. Aku memang harap sangat dia dapat asrama penuh sebab mudah dia nak belajar tanpa gangguan dengan kerenah adik adik yang ramai.

Comments

Popular posts from this blog