Kueh Keria aka Cucuq Keria
Korang mesti tau kan apa itu kueh keria. Kalau orang utara panggil dia cucuq keria. Hari ini aku buat cucuq keria and ajak member makan kat bilik. Dah lama member aku si Yus tu kasi ubi keledek yang dia bawa khas dari Malaya kat aku. Aku dah janji kat dia nanti aku buat cucuq keria. Dah dekat sebulan ubi keledek ni ada kat simpanan aku cuma hari ini baru aku dapat laksanakan. Selalunya orang buat lobang kat tengah tu, tapi aku buat bebola aja lepas tu goreng and sira dengan gula.
.
Bila siap Lan pun mai kat bilik aku dan aku pun tapaw kat dia 5 biji. Kira kalau makan kenyang jugak lah. Kadang kalau buat benda benda macam ni kena sorok sorok skit sebab kalau satu kem tau nak buat taik gigi pun tak bley. Lepas tu aku buat pula sambal daging untuk makan dengan nasi lemak serai special (resepi rahsia sendiri tau) esok malam. Macam biasa la jemput orang orang tertentu sahaja. Selalunya sapa yang ambil daging atau ayam, sah dia akan di undang sebab aku sekarang dah malas nak masuk kitchen untuk mengemis lauk. Sejak instal CCTV ni aku dah naik menyampah. Tapi kalau minta chef tetap kasi kat aku.
Comments