Cuti Sekolah Sudah Bermula
Minggu depan cuti sekolah akan bermula. Anak aku semua sudah ada di rumah tapi Safwan seorang sahaja masih di sekolah sebab nak periksa SPM. Raya haji pun dia tak balik. Selepas raya haji nanti terpaksalah wife aku bergegas ke Alor Gajah untuk sambut Hari Raya dengan Safwan. Kebetulan pada 16th November ni dia genap 17 tahun. Wife aku siap nak celebrate birthday dia sekali kat sana.
.
Bila tiba cuti sekolah yang panjang ni selalu kena ingatkan anak anak supaya buat kerja kerja yang manafaat. Kalau tidak mereka akan habiskan masa mengadap TV satu hari. TV tu boleh nengok tapi kena kurangkan. Aku selalu remind anak anak aku cuti sekolah ni adalah masa untuk membantu meringankan tugas Umi di rumah. Lepas subuh tak perlu tidur lagi. Cuba tolong Umi sidai pakaian dan kerja kerja di dapur. Masa ni lah sangat sesuai untuk belajar memasak. Tak kiralah yang lelaki atau perempuan. Satu lagi tugas adalah menolong parents lipat kain yang sentiasa menggunung. Anak anak pun kena belajar berhemah dalam berpakaian. Jangan asyik menyalin baju sesuka hati.
.
Satu lagi program untuk anak anak dara aku adalah nak mengajar mereka buat patchwork quilt. Mesin jahit aku rasa nak kena beli baru juga sebab yang lama dah tak ok. Harap harap anak anak aku bersemangat nak belajar. Lagi satu nak buat baju smocking Hana lagi. Jarum aku dah order dari Australia. Memang aku akan sentiasa sibuk dengan keluarga aku.
Comments