Jalan Jalan Cari Makan
Aku kalau travel, bila tiba bab makan memang aku simple. Tapi kalau bab nak masak memang aku complicated skit. Aku boleh makan apa saja asalkan halal. Kalau tak jumpa nasi seminggu pun aku tak loghat sangat macam setengah orang. Bagi aku janji perut kenyang and boleh telan dah kira cukup baik. Tapi kalau anda datang ke sini, Istanbul, makanan memang mahal kalau nak di bandingkan di Malaysia. Itu sebab kita convert. Tapi sebenarnya lebih kurang aje. Cuma satu aje perlu berhati hati. Nanti aku ceritakan pada bahagian akhir coretan aku ni.
Ini dia daging kebab. Ayam ada dan lembu pun ada. Ikut suka hati mana nak pilih. Aku memang suka makan kebab ni. Kalau makan dengan salad dan di hidang di dalam pinggan comfirm harga dia 10 Lira. Tapi kalau makan doner kebab atau dorum kebab cuma 2 hingga 3 Lira sahaja. Itu pun kalau take away. Tapi kalau makan di restoran sebab ambil masa tempat duduk harga boleh naik. Macam kami minum kopi secawan 5 Lira. Pada hal 2 atau 3 Lira sahaja. Harga mahal sebab mungkin kami lepak lama kat situ terus dia belasah aje.
Ini dia dorum kebab. Kami minum sekali dengan coke mahu kena bayar 7 Lira. Kalau nak convert adalah dalam RM16. 1 Lira sama dengan RM2.2. Itu pun dagingnya ala kadar sahaja di campur dengan potato chips and salad. Boleh lah kenyang selama 2 jam. Lepas tu lapar balik. Kalau aku mesti mau makan dua biji sebab lama kita nak meronda dan lepak.
Ini dia turkish baklava. Nampak memang sedap dengan kehijauan warna pistachio dan di gulung rapi dengan pastry yang rangup seperti bihun. Tapi manisnya hanya tuhan yang tahu. Memang tak sesuai untuk orang yang berpenyakit. Tapi kalau dah sedap apa nak buat kan. Pantang pun lari tunggang langgang.
Ini semacam berger. Ada yang di letak daging and ada yang cuma di letak salami sahaja. Harga dalam 2 Lira. Kalau nak makan nanti dia press dengan heater terus jadi leper and rangup untuk di makan. Memang banyak di sediakan pada waktu pagi untuk mereka mereka yang nak ke pejabat dan cepat. Aku pun beli juga nak rasa. Di sini barang makan kadang tak ada harga tag. Kalau nak makan eloklah tanya dahulu harga takut bila bil datang boleh terkejut rimau. Sekali tu aku makan nasi dengan stew ayam sebelah paha and coffee dah sampai 16.5 Lira. Makanan sini selain dari kebab aku rasa sama aje. Sebab base resepi adalah tomato. Kira macam stew lah. Kalau nak rasa yang spicy memang susah nak jumpa atau yang pedas. Mungkin ada tapi aku yang tak angkat pot. Sekali tu member aku makan makanan yang sama tapi di tempat atau restoran yang lain harganya mencecah sampai 27 Lira. Harga makan kadang tak sama. Depa nampak foreigners ramai sangat kot sebab tu main aci belasah sesuka hati aje. Walau apa apa pun Istanbul memang unik and mempersonakan. Kalau nengok anak dara dia memang cun. Macam member aku kata la......'kalau tunjuk kat mak kompom nak buat menantu...walau untuk isteri ke dua...' Hehehehehehe.......
Comments