Hadiah Untuk Anak Anak Teruna Aku


Bila datang ke Istanbul ni, perkara yang paling best adalah shopping until until you dropped, selain dari melawat tempat tempat dia yang ternyata menarik. kalau nak melawat tempat tempat di sini kena beri masa. Dan perkara yang paling best nak shopping adalah leather goods. Tapi kena tawar macam nak keluar anak tekak sebab barang kat sini tak ada price tag. kalau ada pun tah apa apa harga dia. Memang mengarut. So kena pandai and experience untuk tawar menawar.
.
Aku beli barang di atas untuk anak teruna aku. Nanti depa pilihlah mana satu yang mereka nak. Selain tu aku ada beli juga jeans levis yang ciplak. nak masuk gambar tak sempat tapi memang menarik and murah. Cuma RM40 sahaja. Dompet di atas cuma RM25 to 50 setiap satu and leather belt cuma RM50 setiap satu. Itu pun kena cari tempat yang murah. Kalau mahal pun berbaloi sebab susah nak cari kat Mesia. Satu pesanan...kalau nak shopping di sini beli lah barang yang murah dari Mesia atau barang yang unik dan tak ada di Mesia. Belanja tak boleh kemut sebab bukan senang nak datang oooo...

Comments

Popular posts from this blog