Lets Gardening

.

Hari ini pagi pagi lagi aku penuh semangat nak berkebun di halan rumah aku yang sekankang kera. Anak anak aku Syahadah, Yusuff and Ikhlas pun sibuk nak menolong. Ada beberapa aktiviti yang aku nak laksanakan. Pertama untuk semai pokok dalam pasu. Keduanya nak ubah pokok ke dalam pasu yang lebih beso dan atas tanah. Danyang ketiganya nak pruning ranting and daun daun yang dah out of shape. jom nengok apa yang aku dah buat.



Pokok ini pun aku tak tahu namanya. Bunganya yang merah dan batang yang spiral nampak sangat menarik. Sekarang aku dah ubah di atas tanah supaya dia cepat membiak dan merimbun. Tunggu empat bulan lagi baru nampak sihat, berseri dan merimbun.

Ini pokok fern yang aku beli few days ago. Aku pecahkan menjadi enam dan tanam pada pasu yang berasingan. Amat sesuai untuk di jadikan indoor plant. Tapi kalau tanam dalam pasu besar dan biarkan dia merimpun memang cantik. Anak aku Ikhlas and Syahadah yang membantu aku isikan kompos dalam pasu.

Ini pokok apa entahlah tapi seakan pokok krismas. Aku dah ubahkan pada pasu baru semalam and rasaya amat sesuai untuk di letakkan pada court yard.


Ini pokok Getah India, Sesuai untuk di jadikan indoor plant atau outdoor. Kalau letak pada outdoor perlu di kawal sebab di boleh membesar bagai gergasi. Di Egypt banyak pokok pokok ini di tanam di tepi tepi jalan sebagai landscape. Aku potong from induk and semai semula untuk di jadikan indoor plant.

Comments

Popular posts from this blog