Excursion To Egypt : What Can You Get..

.

Banyak benda yang kita boleh cari di Egypt ntuk di jadikan cenderahati atau hadiah pada diri sendiri atau orang lain. Kalau key chain adalah perkara biasa dan mana mana boleh di dapati. Begitu juga dengan T shirt. Tetapi yang paling leceh tu adalah perihal nak bargain. kadang tu sampai sakit hati dan membuang masa saja. Akan tetapi kalau nak shopping cendera hati eloklah membeli belah di Cairo iaitu di Hussein atau Bazar Alkhalili. Jom kita lihat apa yang ada....



Mug ni terdapat berbagai bagai bentuk dan corak. kebanyakkannya adalah corak corak purba Egypt yang sangat menarik. Aku ingat nak belilah satu dua tapi akhirnya tak terbeli pulak. Aku pun tak tahu kenapa.



Kalau nak beli baju sexy ini pun boleh juga. baju ni khas untuk kaum wanita sahaja. Ada orang kata kat aku buat apa nak beli? Aku kata eloklah beli untuk isteri supaya dia bisa bergelek di depan kita. Barulah romantik kan....So far ada tak isteri sapa sapa yang pernah menari gelek di depan suami?? Cuba jawap....

Ini adalah lampu gantung atau pendant light yang di perbuat dari copper dan di sadur dengan silver. Aku memang berkenan and rasakan macam nak borong saja. Oleh kerana berkenan sangat dan bukan senang nak datang ke Egypt, aku terpaksa beli juga sepasang untuk di letak di ruang tamu. Kalau ada restoran and letak lampu ni sebagai hiasan memang best sangat. Nak bawa balik tak emnjadi masalah sebab masuk dalam kotak dan terus ke cargo.


Teko macam ni aku dah ada satu. Mula tu nak beli lagi dua tapi bila aku tawar je dia tak kasi terus aku berlalu. Bukan apa penant aku nak menawar. Kalau beli pun mana lagi aku nak letak. orsk semuanya purba Egypt.


Memang ramai orang menjual minya wangi dan harga pun murah. Rasanya quality tak seperti perfume di The Body Shop. Bolehlah kalau nak beli untuk di hadiahkan pada rakan rakan. Berbagai bagai haruman ada. You nak haruman hugo Boss, Christine Dior dan lain lain memang ada.

Berbagai bagai piring dan pinggan untuk hiasan di meja dan di dinding pun ada. Kalau nak beli untuk letakkan makanan pun boleh. Apa salahya kan...



Lukisan lukisan yang menarik untuk hiasan di atas paperous. Aku tak tanya pulak harganya sebab tak terfikir untuk beli. Niat nak beli ada tapi di mana aku nak gantung ya.... Rasanya dinding dinding aku dah pun penuh.


Patung patung ini pun banyak di jualo tapi tak sesuai untuk di letakkan di rumah. Ukiran dan warnanya amat menarik sekali.

Comments

Popular posts from this blog