Egyptian Mango
.
Apabila aku mengembara dari satu country ke satu country aku akan mencari sesuatu yang tak ada di malaysia atau sesuatu yang sangat uniq untuk aku bawa pulang. Semestinya barangan itu akan menjadi cenderamata sepanjang hayat. Semasa aku tiba di Egypt, buah mango tempatan telah menjadi focus aku. Dari awal lagi aku telah bersedia untuk membeli dan membawa pulang ke tanah air untuk aku cuba semaikan bjijinya. Insyaallah ianya akan tumbuh dan menghasil kan buah yang lebat, lazat dan bagus. Alhamdulillah sudah tumbuh Egyptian mango aku ni.
Inilah dia anak mango yang aku semai dan sudah mula tumbuh dengan suburnya. Agaknya tiga tahun lagi baru berbuah. Kesemuanya ada 6 biji yang aku semai. Satu lagi sudah mengeluarkan tunas. Lagi empat masih hibernate dalam tanah. Aku doakan kesemuanya akan tumbuh dengan sihat.
Inilah rupa Egyptian mango yang di jual di bazar. Paling besar boleh dikatakan sama saiz dengan kepala aku. Yang kecil pun ada. Rasanya memang enak, harum dan juicy.
Comments