We Are At The Plateau
Dulu rasanya sejuk sangat bila ke sini. Tapi sekarang suasana dingin dah kurang la...
Mee kuah daging memang menyelerakan. Sepinggan harganya RM15 sahaja. Sedap punya pasal harga dah tak kisah....hehehehe
Anak anak aku bersemangat sekali untuk bergambar. Hydrengia ni memang menarik. Tapi kalau tanam kat bawah memang susah berbunga kecuali yang berwarna biru. Dulu beli kat Sungai Buluh memang murah tapi sekarang mahal bukan main.
Scene menarik....apsal aku tersalah focus pulak ni....rugi...rugi..
Mereka masih kecil memang mudah untuk berkerjasama bila nak bergambar.
Aku pun tak nak lepaskan peluang untuk bergambar. Belakang tu permandangan sawah padi saujana mata memandang. Di situlah terletaknya rumah mertua aku.
.
Lama sangat aku tak ke Gunung Jerai. Aku rasa kali terakhir aku ke sana pada tahun 1990. Masa tu aku masih bujang and pegi dengan member aku. Dulu masa sekolah menengah aku selalu berkhemah dengan rakan rakan aku waktu cuti sekolah. Pergi kami mendaki dan turun pun usaha jalan kaki. Masa tu di puncak tak ada apa apa yang menarik dan yang ada cuma banglo lama.
.
Tempat pun tak begitu terurus. Tapi sekarang dah cantik and menarik dengan chalet dan resort yang bersih dan menawan. Aku tak bermalam di sana cuma rehat rehat sambil menyedut udara nyaman bersama beberapa orang anak anak aku. Aku pandu terus ke puncak dengan kereta aku. Pada mulanya rasa suspen juga sebab jalan yang agak sempit. Tapi alhamdulillah memandu ke atas agak selesa. Kalau nak makan ada restoran di atas tu tapi harga memanglah tersangat mahal. Makan jugalah sebab perut dah lapar.
Comments