Happy Birthday Yusuff

'

Semalam 3rd Dec birthday Yusuff yang ke 4 tahun. macam biasa dia riang ria sahaja. Dia tanya ada special kek untuk dia ke? Wife aku jawap sekali ni Umi yang akan buat kek tu. Tak payah nak aising atau decorated. Petang sebelum tu aku siap beli belon untuk anak anak aku. Wife aku pula pagi pagi lagi dah bangun untuk buat cup cake and butter cake. Di samping tu ada juga nasi briani bersama dengan masak merah ayam and kurma daging.



Ini dia chocolate cup cake yang telah di hias oleh anak aku Syamim dengan perkataan yang beranika warna.



Cheese cake ni anak dara aku yang buat bersama sama dengan umi mereka malam sebelum tu. kalau tak silap this is Orio Cheese Cake. Rasanya pun ok jugalah.

Ini dia Yusuff yang dengan tekun menjamah nasi briani. Sekarang dia dah tahu nama semua jari dan boleh bilang dengan baik. Kalau tanya warna apa semua dia dah kenal. kegemaran dia adalah pegi ke Youtube untuk mencari cerita ultraman, Upin Ipin, and boboy. kadang dia suka tengok cerita Goku and dragon ball. Tahun depan hopefully dia dah bersemangat nak ke sekolah. Tapi tak decide lagi sekolah mana aku nak hantar. Semoga Yusuff sentiasa sukses Ba doakan.

Comments

Popular posts from this blog