Jom Ke Dusun..

.

Aku bangun awal hari ni sebab ada appoinment dengan Maheran. Aku berjanji untuk jumpa di rumah dia between 8.00 to 8.30 am sebab nak ke dusun untuk kutip buah. Dusun dia tak jauh dari rumah sebab aku dah pernah ke sana sekali beberapa tahun yang lalu. Siap aje aku terus ajak Hadi untuk ikut aku ke sana. Risau jugak takut jam kat jalan Rawang. Maklumlah toll belum siap lagi and masih dalam pembinaan. Bila tiba di rumah Maheran aku menunggu sahaja di kereta and suruh Hadi memberi salam. About beberapa minit member aku pun keluar dan kami terus ke dusun dengan kereta kembara dia. Jom nengok apa yang ada di sana.



Dusun ini terletak di atas bukit. Memang bersih dan cantik. Tak pernah aku lihat dusun sebersih and secantik ini. Rupa rupanya ada berjenis jenis buah buahan.



Aku nengok banyak pokok yang banyak buah bergantungan. Geram rasanya. Memang teringin nak ada dusun tapi apakan daya tak mampu la nak miliki. Pokok cempedak ada, rambutan, pulasan yang merah, buah dokong bergugusan seperti buah anggur dan banyak lagi lah. Rezeki aku baik ada juga sebiji buah durian.

Anak aku Hadi lah yang menjadi mangsa untuk panjat pokok. Aku memang tak kuasa nak buat keje ni. Siap hantar baldi ke atas. Banyaklah yang di petiknya....


Apa yang member aku cakap kat Hadi aku pun tak tahu. Yang pastinya dia mesti kata ambillah banyak mana ko nak....hehehehe.


Mana yang rendah bolek lah petik. Tapi kalau dah tinggi menggalah mana nak ambil. Itu pun 'dah banyak kami kutip. Aku tanya maheran," Tak jual ke buah a tau pajak dusun ni?' Dia jawap," Aku sedekah aje kat kawan kawan and jiran jiran." Mulianya hati member aku ni. Semoga di murahkan rezeki lagi and di berkati kehidupan selalu.


Nikmatnya anugerah Allah Taala ni. Bagi orang yang tahu bersyukur pasti Allah akan tambah.

Comments

Popular posts from this blog