Excursion To Egypt: Fruit Juice


Sebelum aku tiba di Egypt apa yang aku gambarkan hanya bumi yang gersang dan berpasir. Aku tahu sebahagian dari negara ini adalah kawasan mediteranien yang famous dengan buah buahan citrus dan anggur malah bermacam macam lagi. Anak aku Safwan rekomen sungguh sungguh supaya aku try rasa pure juice dari buah buahn tempatan. Pada mula mulanya aku agak was was dengan persekitaran yang tak berapa bersih. Kotorlah senang cerita. Bila kami tiba di kedai ni nampak bersih sahaja. Bila nampak buah buahn yang di pamerkan apa lagi menambah lah selera ini. Apa lagi aku pun order manggo juice and anak anak aku yang lain order vanilla yogurt. Pergh memang best and sedap.



Aku tak tahu apa depa panggil. Tapi nampak macam cock tail je. Nampak memang sedap dan apatah lagi apabila sudah merasainya. Di tabur pula dengan biji buah delima yang merah menyala serta berkilauan.



Cuba lihat buah buahan fresh yang bergantungan di atas tu. memang geram melika warna. Aku raa kalau waktu cuaca panas nd di bulan Ramadan pula tu mesti penuh nikmat.



Anak anak aku pun tidak melepaskan peluang untuk menikmati jus buah buahan. Harga tak mahal. kalau tak silap aku 2 atau 3 geneh saja.

.

Inilah anak teruna aku. Safwan tak nak minum rupanya dia berpuasa pada hari tu. hhmmmm.....memang dia rajin berpuasa sunat tambahan pula 3 hari sebelum raya haji.



Penjual ni pun tidak mahu melepaskan peluang keemasan untuk bergambar dengan aku. Tapi bayo tetap kena bayo...mana boleh minum free kan.

Comments

Popular posts from this blog