Mengapa Aku Blogging


Aku memang suka menulis. Dulu aku ada dairy yang aku tulis kisah perjalanan aku semasa aku mengembara ke India, Pakistan dan Bangladesh. Dairi tu aku miliki semasa aku masih di sekolah menengah lagi. Sampai sekarang dairi itu masih tersimpan rapi di dalam bilik aku tapi banyak yang telah di makan anai anai. Tapi aku masih terus menyimpan dairi tersebut. Kalau ada masa aku akan download kan dalam blog aku ni mana kisah kisah yang aku dah tapis. Hehhehehe..... Yelah mana boleh semua rahsia hidup kita nak di istiharkan. Betul tak.
.
Aku telah di perkenalkan Blog ni oleh member aku Ghaz semasa aku di Sudan. Biasa lah...; selalunya orang yang di intro tu akan lebih ketagih blogging dari senior yang mengajar. Betul tak?? Bila aku register dengan www.blogger.com aku terus memilih title 'What A Wonderful World' sebab aku suka sangat lagu ni dan liriknya yang memberi seribu makna. Lagi pun aku enjoy dan suka travel around the globe dan aku rasakan bahawa hidup ini begitu wonderful sama ada hidup kita bumpy, berliku atau smooth sailing. It depends on how kita tafsirkan hidup ini. Kita memasak, bekerja, bersiar, berkeluarga, hobi, budaya, berkawan, hitai tawa, tangis sendu sedan dan segala aktiviti dan benda, semuanya sesuatu yang indah dan menarik belaka.
.
So mengapa kita blogging? Bagi aku blogging adalah:
1. Terapi
2. Creativiti
3. Dairy
4. Communication
5. Hobi
6. Relationship
7. Friends
8. Journey
9. Fantasy
10. Journal
11. Business
12. Dakwah
13. Gossip

Kalau nak senaraikan memang panjang. Mungkin bloggers yang lain ada banyak lagi tujuan dan matlamat mengapa ' Aku Blogging'. Pernah aku terfikir apabila tiba masanya pihak Goggle akan jadikan buku bagi blog blog yang terpilih untuk di bukukan dan akan di jual pada tuan Empunya Blog sebagai satu kenangan atau memori yang tak ternilai harganya untuk di jadikan khazanah harta kepada anak cucu cicit. Malah terbuka kepada sesiapa sahaja untuk mengorder 'Buku Blog' milik sendiri yang penuh dengan nukilan dan gambar gambar yang paling istimewa. Mungkin orang lain tidak dapat menilai harga sesuatu coretan dan gambar yang terpapar. Tetapi percaya lah hanya diri Penulis sendiri yang dapat menilai hasil nukilan sendiri yang lahir dari hati yang ikhlas.

Comments

SkiD said…
Kenapa aku berbloger???..Kerana selama ni aku suka merapu...so dengan blog ni merapu aku akan merebak serata dunia...hehehehe!!
Abu Ikhlas said…
Skid,
Kira macam lepas geram lah ye....heheheh

Popular posts from this blog