Omar Untuk Ali
Dulu masa Lia beranak anak lima, ramai orang nak ambil Omar. Tapi aku tak kasi. Masa tu aku sayang sangat pada Omar dan ingat nak bawa ke Malaysia. Kebetulan Omar bulu panjang dan muka pun agak semi flat dan banyak ikut emaknya Lia. Tapi sekarang Omar sudah ada tuan baru iaitu Ali. Sebelum tu Ali tak termasuk dalam list pun. Tapi entah macam mana Ali selamba aja minta Omar dari aku baru baru ni. Selepas di timbang telek aku pun setuju beri pada Ali. Semalam Ali datang untuk ambil Omar. Sempat jugalah aku ambil gambar mereka berdua. Sekarang cuma tinggal Kak Long aka Zara sahaja dengan aku.
Comments
Banyak songel la kalu nak bawa balik...ramai org bekenan minta aku bawa balik.....