My collection of Idioms

Sekarang baru aku terfikir yang aku perlu ada satu buku for my collection of idioms. Tadi sementara aku dok record my collection of vocab, baru aku tersedar yang aku perlu juga improvise my idioms. Bila ke Bazar aku pun carilah buku tulis 80 mukasurat untuk jadikan catatan. Tapi yang bestnya cuba korang nengok buku tulis orang sini, memang menarik sebab ada berbagai bagai jenis gambar. Orang kata bila buka aja buku tulis nak buat keje sekolah rasa segar semacam aje sebab pandangan pertama adalah pada gambar yang menarik . Aku rasa buku latihan sekolah sekolah di Malaysia pun perlu berubah kepada pandangan yang lebih ceria. Bukan setakat gambar lambang sekolah berlatar belakangkan warna coklat dan kelabu sahaja. Nampak sangat suasana yang suram. Nak naik semangat pun tak dak mood. Korang setuju tak pada pandangan aku ni?? kalau setuju atau tak, tolong komen, at least aku dapat buat bancian percuma untuk gomen.

Comments

Popular posts from this blog