A Visit To Genting Highland
.
Aku tak pernah pun jejak kaki ke Genting Highland. Memang tak ada hati langsung nak pergi walaupun dekat aje dengan rumah aku. Tapi semalam tetiba aje aku ajak anak anak aku pergi. Wife aku macam biasalah tak berapa suka tempat macam tuh. Aku pun tak galak kan dia ikut jugak atas sebab sebab tertentu. Fikirkan cuti sekolah aku gagah juga lah untuk bawa anak anak aku. Tapi ramai yang tak nak ikut kecuali anak Syahadah, Ikhlas, Hadi and Ubai.






Kami bertolak dalam pukul 9.00 pagi dan sampai ke puncak dalam masa 40 minit saja dari rumah aku. Cuaca ok kat bawah tapi bila sampai di atas semuanya berkabus dan hujan. Sejuk jugalah dengan aku yang berpakaian sekeping aje. Aku pun terkial kial jugaklah nak focus pada jalan bila sampai di atas sebab kabus tebal and aku tak biasa tempat tu. Lepas dapat parking kami pun terus meluru ke atas. Anak anak aku terutamanya ubai dan Hadi dah excited nak ke outdoor tapi hujan dan angin kuat maka tak sesuai. Indoor pulak semuanya slow macam siput. Kelakar pulak aku nengok. Aku tak buat keputusan lagi sama ada nak izinkan mereka naik. kalau anak anak aku yang kecil nak naik abang dia atau aku kena temankan. So aku kata elok kita isi perut dulu baru best. Then kami ke Marie Brown makan nasi lemak. Boleh tahan juga harga dia.
.
Finally dalam kami dok jalan jalan slow and steady tetiba anak aku Syahadah hilang. Seram aku di buatnya. Jenuh jugalah nak mencari. Macam macam dah terfikir kat otak. Finally jumpa juga lah. Masa tu nak buat apa dah tak ada mood melainkan jom balik kat umah aje. Orang pun boleh tahan ramai and membuatkan aku memang rimas dengan suasana begini. Dalam hati aku bersyukur sangat sebab wife aku memang tak suka ikut tempat tempat macam ni.

Comments

SkiD said…
eik?...macam2 tempat dah sampai...genting baru sampai?... Aku semalam ke Bkt Frazer...hujan dan sejuk...kerana kerja terpaksa mengharungi.
ASH said…
Seram sebenarnya nk pergi GENting tu..sebab MAIN BUSINESS nya!!
Tak terjejak lagi..
Abu Ikhlas said…
Skid,

entahlah tak terasa gerak hati langsung nak ke sana.....eh call la i 012 3702745 boleh kena teh tarek kat sedap rasa....
Abu Ikhlas said…
Ashley,

Saya pun tak tau nak cerita apa yang ada kat sana. Rasa boring je dengan orang yang ramai tuh...
Mentari Jingga said…
Masnor,

Balik dari Cameron Highland anak2 (Aqilah & Zubair) ajak nak pegi lagi ke Genting sbb 1st time pegi sblm ke rumah u mereka tak sempat main.
Tapi, 2nd time pegi ni, i minta Man aje yg temankan bdk berdua tu sbb 2 anak yg besar (Uzair & Umair) tak nak masuk, lebih baik kita masuk pizza kata mereka.
I mmg tak minat lgsg tempat2 amusement mcm ni (tak tenang rasanya)...sementara menunggu, kami sempat jln2 dan lepak kat surau sampai terlelap masing2....
Abu Ikhlas said…
sham,

sama lah cam I.... tak suke tempat cam ni... sebab anak anak nak sangat pegi tunai jugalah permintaan. Tapi disney lain lah feel dia...best sgt...

Popular posts from this blog