From Stove Straight To The Table



Semalam aku rasa tak berapa sihat aje. Mungkin nak kena ubah selera kot. Rasa perut meragam masa aku pergi solat Jumaat lagi. Mujurlah boleh control gitu. Sebenarnya sembahyang jumaat dah di dirikan di Kinyali; site kita orang. Tapi aku masih sembahyang di Turkmenbashi sebab nak singgah ke bazar sekejap. Banyak juga benda yang aku beli. Mushroom sudah jadi satu kemestian, chocolate, grapes;masih ada lagi walau dah sejuk macam ni dan nuts.
.
Petang pulak terasa nak makan nasi goreng cina dengan cendawan dan udang. Best jugak . Apa lagi aku pun pegi cari udang lepas tu lepas maghrib terus masak. Sedap jugak makan panas panas tambahan pula pada waktu dingin sebegini. Aku pun jemput member aku untu sama sama menikmati masakan aku ni. Kalau korang nengok gambar nasi goreng aku tu mesti korang terliur jugak kan.

Comments

Anonymous said…
Hmm..kain pelikat pun ada...
Abu Ikhlas said…
Ano,

Kain pelikat tu buat lapik.....dah koyak rabak pun...periuk tu kan panas...
Ahmad Al-Hadi said…
kira amal sunnah saprah la ni ye.... alahai beli la satu kat bazr tu....
Abu Ikhlas said…
kodi,

yelah sunnah mesti di pelihara dan di cintai....
shakry said…
Salam, wah teringin betul dengan nasi goreng tu ... nampak macam plov aje.

Popular posts from this blog