
Pokok Zaiton Dulu aku tak pernah kenal pun wajah pokok zaiton. Buah zaitun kenal la dengan rasa yang payau, kelat dan pahit. Pertama sekali aku rasa buah zaiton masa aku berada di Belgium. Masa tu orang Morocco jamu aku breakfast makan roti cicah dengan minyak zaitun dan buah zaiton sebagai salad. Aku dengan member aku memang terkejut. Breakfast kita dah biasa makan nasi lemak, bihun atau mee goreng dan kueh mueh. Ni tak masuk akal langsung dan menjadi sesuatu yang pelik. . Pertama sekali aku melihat pokok zaiton semasa aku bekerja di Copenhagen, Denmark. Di sana mereka jadikan pokok zaiton sebagai indoor plant and di letak di dalam pasu yang comel. Pokok pokok ni di jual oleh florist di tepi tepi jalan. Oleh kerana aku selalu sangat jalan kat situ so aku pun memaksakan diri aku untuk bertandang dan terus beli. Beli tu sebab niat nak bawa balik ke Malaysia nak tanam. Bila aku balik cuti aku pun seludup pokok zaiton ni dalam luggage dan selamat sampai di rumah dan terus tanam. Bila aku ...