Kebaya Nyonya
Semalam aku di Bandar Melaka. Bawa anak anak aku berjalan jalan. Bila aku berjalan di Jalan Laksamana aku telek telek rupanya ada kedai menjual baju kebaya nyonya siap dengan classical embroidery. Cantik jugalah. So aku minta izin pada pekedai tersebut untuk ambil gambar. Dia kasi tau bahawa semua bekalan datang dari Muar yang dia sendiri design. Salah satu tu dia dok design untuk salah satu kerabat di raja. Aku ingatkan dia order dari Bandung, Indonesia aje.
.
Di dalam kedai tu ada dua orang nyonya from Penang sedang membeli sepasang baju kebaya nyonya ni. Aku tanya tokey tu' ada orang beli dan pakai ke baju macam ni? Dia kata memang laku. Aku tanya lagi pasal harga baju tersebut. Dia kata sepasang adalah dalam RM170 sahaja. Kalau aku beli untuk wife aku tu memang nampak seksi. Tapi kena pakai untuk aku sahaja di dalam rumah. Kain nipis sampai boleh nampak badan. So sesiapa yang berkenan nak beli boleh lah ke situ. Tapi ada satu butik di Ampang Park yang di punyai oleh seorang peniaga cina, ambil tempahan sulaman baju kebaya. Aku tengik jahitan dia memang hakus dan kemas.
Comments