Seandainya.........


Pejam celik tidur bangun aku dah dua tahun di sini. Rasa sekejap sahaja tahun tahun berlalu. Bulan Januari pun sudah dekat ke penghujungnya. Sedar sedar anak anak aku sudah membesar. Kadang terasa rindu sangat nak pulang ke tanah air. Aku rasa banyak sangat benda yang aku miss. Banyak sangat benda yang aku terpaksa korbankan. Seandainya aku ada kuasa untuk rewind kembali masa ini mahu sahaja aku program kembali benda benda yang aku terlepas. Banyak sangat aku plan untuk laksanakan tapi masih belum tercapai. Campur tolak rasanya aku ada 11 bulan lagi di sini. Bila balik nanti nak saja aku buat benda benda seperti berikut

1. Masuk kelas photographi
2. Nak belajar bahasa mandarin
3. Segarkan kembali garden aku yang tunggang langgang.
4. Kembali membela ikan
5. Duduk bersama anak anak aku dengan buku buku mereka
6. Pergi scuba diving dengan anak anak teruna aku
7. Bawa anak anak aku lepak di Pulau

Dan banyak lagi yang aku terasa miss sangat. Member member aku pun dah ramai migrated to Middle East terutamanya Saudi Arabia. Kadang tercabar juga untuk kesana tapi aku masih kuatkan semangat untuk berada di sini. Entahlah...aku tak dapat nak andaikan apa kah nasih dan pilihan aku seterusnya...... Tapi rasa habis saja tugas di sini nak lepak sepuas puasnya sebelung mengatur langkah yang baru....

Comments

Ahmad Al-Hadi said…
No 8... Keluar 40h secepat mungkin ..... hehehehe
SkiD said…
sedih je bunyi duduk diperantauan ni... Tak pe...nanti kalau balik cuti ke...beritahu aku, boleh gi ngeteh sesama...
Abu Ikhlas said…
hehehe...betoi tu kodi...bukan 40 hasri tapi 3 hari dulu lah...dah karat nih
Abu Ikhlas said…
skid'
ye lah sekali sekala boring gak tau....ok nanti blik boleh kita lepak dan borak...dah pilih ke mana camera yang ko nak beli??

Popular posts from this blog