Migrate To Saudi....


Itu lah yang di katakan rezeki. Rezeki ni datang kadang secara tiba tiba tanpa di undang dan tanpa di rancang. Yang betulnya manusia hanya merancang dan Allah sahaja yang menentukan apa yang baik dan buruk untuk kita. Tapi kita di beri pilihan untuk memilih.
.
Last week aku dapat email dari member aku. Dia kata dia dah dapat ofer untuk bekerja di Saudi. Kebetulan company tu ramai member member aku yang dah join. Depa pun dok ajak aku juga ke sana tapi aku saja yang masih tak beri sebarang jawapan. Anyway member aku ni dah kompom akan terima tawaran tersebut. At the same time dia thanked aku sebab aku telah beri dia semangat untuk mencuba semasa iklan tersebut tersebar luas di news paper tempatan. Aku pun turut gembira dengan tawaran baru yang dia dapat. nampak dia gembira sangat untuk ke sana. Siapa yang tak suka kesana kalau tiap tipa minggu oleh buat umrah dan tiap tiap tahun dapat mengerjakan haji.
.
Buat diri aku' aku masih lagi bertapa di sini. Entahlah sampai bila tapi yang pasti contract aku akan berakhir pada hujung tahun ini. kadang rasa macam tak sabar nak habiskan contract ni. kalau boleh forwardkan waktu nak saja aku cepatkan secepat mungkin. Sebenarnya aku dah miss banyak boat sejak aku di sini. kalau nak cerita panjang. Walau bagaimana pun aku akan cuba bersemangat untuk habiskan contract aku di sini sebelum mengorak langkah seterusnya. Lagi pun ada beberapa perkara yang aku commited untuk siapkan.
.
Member aku yang comel tu pun baru saja ke Saudi. Dua hari lepas dia call aku dari Saudi bila aku send sms kat dia. Dari apa yang dia cakap nampak macam seronok aje. Kehidupan ni kita perlu rancang sendiri dan kita perlu menilai sendiri apa yang baik dan buruk untuk kita lalui. Tapi kalau belum cuba bagaimana kita nak dapat kemanisan kehidupan. betul tak....... Sebenarnya cabaran yang kita lalui adalah warna warna kehidupan yang amat berharga bagi mereka yang berjaya.

Comments

Mohamad said…
go masnoor go

Popular posts from this blog