Service Kereta


Dua kali aku pergi service kereta aku kat Weststar MRR2, Ampang. Pertama tu bila aku sampai nampak kereta penuh gile. Aiyooo...aku pun dah cuak jugak. Bila aku tanya teknician bila boleh siap dia kata pukul 4. Alamak lamanya aku nak menunggu. Kalau macam tu lebih baik aku datang semula. Sementara tu aku dah siap hantar anak aku ke KLCC sebab depa nak nengok wayang. Aku terpaksa melepak kat Ampang Park and then to KLCC nak ambil anak aku.
.
Then dua hari sebelum aku balik tu aku pergi lagi dan aku paling awal, Ingt kejap aje boleh siap sebab service biasa aje. Tapi aku ada beritahu masaalah baru iaitu air masuk dalam compartment spare tyre aku tu. Depa check and bahagian belakang kena seal balik. Mula mula aku ingat sekejap sahaja rupanya aku menunggu sampai dekat 7 jam. Pukul 4 petang baru siap. Drive home makin jam jalan. Apa lagi sabo aje lah. next time aku kena buat arrangement baru kalau nak service kereta. Aku nak suruh depa hantar aku kat KLCC untuk aku lepak2 and bila dah siap hantar aje dekat aku.
.
Tempat service kereta aku ni dah improve banyak. Siap dengan sarapan pagi seperti nasi lemak, biskut, pelbagai roti dan bermacam macam minuman panas dan sejuk. Tak seperti dulu lagi dah. Lepas tu ada lagi wi-fi. Boleh bawa computer masing masing.

Comments

Popular posts from this blog