Azam Tahun Baru????

Seperti tahun tahun yang lepas aku tak pernah untuk meletakkan sesuatu azam atau hasrat untuk tahun baru. Aku cuma doakan agar di beri kehidupan yang lebih baik dan berkat. Kesihatan yang baik. Umur yang panjang supaya aku masih ada masa untuk bertaubat dan beramal sebanyak mungkin. Aktivi aku adalah seperti biasa sahaja sebab semuanya sudah termaktub di sepanjang tahun.
.
Tahun ini anak aku Syamim akan mengambil peperiksaan UPSR dan aku doakan dia dapat 5A. Harapan ada sebab dia seorang yang bijak tapi kena usaha dengan bersungguh sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Nisa pula akan ambil PMR pada hujung tahun. Aku dah agak semua orang akan expect dia mendapat 8A sebab dia belajar di SBP. Aku tak berani nak cakap tapi masa balik hari tu dia kata dah risau dah and kena usaha sungguh sungguh. Safwan akan mengsmbil SPM. Lihat kepada pencapaian dia masa tingkatan empat memang excelent dan kalau dia dapat maintain apa yang dia dapat sekarang insyaallah dia akan mendapat keputusan yang cemerlang. Apa apa pun kita cuma iktiar dan usaha sahaja tapi yang menentukan adalah Allah Taala yang amat berkuasa.
.
Tapi ada tiga surprises yang aku jangka kan pada tahun ini. Aku tak dapat beritahu apakah surprise itu sebab aku akan khabarkan bila sudah sampai masanya. Jadi tahun ini aku kena banyak berusaha dab tekun untuk merealisasikan tige surprises itu. Di samping itu aku kena banyak berdoa dan mengharap bantuan Allah agar aku dapat di beri semangat yang kental dan kesabaran untuk menerima ketiga tiga surprises itu.
.
Untuk member member dan peminat setia blog aku semua aku ucapkan selamat maju jaya dan di murahkan rezeki dan hadapi dugaan dengan sabar dan solat.

Comments

SkiD said…
Wah!! 3 sekali anak akan menghadapi peperiksaan penting. Aku cuma sorang je, anak dara aku akan ambil PMR hujung tahun ni...
Harap2 ok..
Abu Ikhlas said…
aa tu yang nak kena tumpu kat depa. Eh..cuba tanya anak you. Mesti dia kenal anak I Nisabalqis.

Popular posts from this blog