Shopping Day
.
Bila tiba hari Ahad, kami keluar ke bandar untuk shopping barang barang keperluan. Waktu inilah yang sangat sangat di nantikan oleh orang orang local untuk cari duit dan untuk membedal kami. Hehehehe....sama juga macam orang Malaysia yang berniaga di Petaling Street. Nampak saja Mat Salleh terus bedal gile. Kira di mana mana pun sama lah.


Aku beli selipar baru sebab yang lama koyak rabak. Kira buat persediaan awal la ni. Tak perlu tunggu sampai selipar lama putus terus. Harganya cuma 9 manat.

Beli bateri untuk pengharum bilik aku tu dengan harga 3 manat sahaja. Lepas tu ke gerai satu lagi untuk beli choklat. Nampak menarik dan sedap saja. Harga 3 manat satu dan tig mestilah 9 manat.

Beli barangan alat alat tulis semua sekali 9 Manat. Buku tulis dua buah harga 2 manat. Yellow paste sticker 6 manat and pocket book 1 manat.


Hari tu masa di Bangkok dah nak beli medicure set ni. Rasanya canggih dan lebih quality dari yang ni. Masa aku tanya tu dalam Rm70. Aku tawar tak nak kurang langsung. Aku beli yang kecik molek ni dalam 24Manat. Dah lama dah nak beli tsapi cari tak jumpa.

Lastly beli hanger baju tiga. Hanger yang dok ada dah tak cukup dah. Beli satu 2manat tapi aku beli 3 dapatlah 5 manat.
.
Sebenarnya ada lagi benda benda lain yang aku beli seperti bawang, mushroom, coriender leaves and spaghetti untuk masak sendirian.

Comments

Popular posts from this blog