To My Dearest Friends


Hari ni tetiba aku teringat member member baik aku yang lama aku tak dengar berita. Aku terasa rindu sangat untuk mendengar suara dan ketawa mereka. Semuanya menjadi melancholy dan imbas kembali peristiwa semasa kami bersama. Mereka inilah sahabat sahabat yang aku sayang yang bersama sama dengan aku semasa aku masih menuntut dan hidup membujang. Bila dengar sahaja suara mereka dan setiap percakapan akan membuatkan aku rasa kelakar dan ketawa terbahak bahak. Apa lagi aku terus call dan terus tercetus gelak ketawa. Ada yang sudah 10 tahun tak bersua muka cuma kedengaran suara sahaja. Aku menjadi curious untuk melihat perubahan pada diri mereka. Malah ada yang sudah menjadi datuk atau 'Dato' '. Bila umur semakin meningkat terasa kejauhan dengan diri mereka. Maklumlah semua sudah berkeluarga dan tinggal berjauhan dengan urusan peribadi masing masing. Dalam kehidupan kita sahabat itu ada termaktub di dalam kategori yang tersendiri yang mana satu kita boleh bercakap tanpa batasan dan limit waktu.

Comments

Popular posts from this blog