Muka Pun Nak Kena Jaga Ubat jerawat dan pembasuh muka di atas bukan aku punya ye.... Tapi untuk anak remaja aku. kalau muka aku ni memang licin bagai telur di kupas...hehehehe. Bukan macam permukaan bulan. Sorrylah nak angkat diri sendiri kejap. Dulu aku pernah cerita bagaimana perihatinnya aku akan jagaan gigi gigi anak anak aku. Boleh kata gigi detail depa semua aku amati. . Bila nak anak meningkat remaja lain pulak hal nye. nak kena beri perhatian pada muka mereka jugak. Bila aku balik ni nampak muka anak aku yang satu tu dah berjerawat. Aku pun ke farmasi cari ubat jerawat yang sesuai. Sampai rumah terus aku beri arahan bagaimana nak pakai. Benda macam ni pun kita kena ambil berat. Bila muka dah hensem tapi penuh jerawat buat apa kan. Tapi bila picit jerawat tu yang best sangat. Rasa puas. Sekarang aku kena monitor muka anak anak aku supaya sentiasa licin dan bersih pulak. . Kalau orang kata aku seorang ayah yang cerewet, memang pun.
Posts
Showing posts from March, 2010
- Get link
- X
- Other Apps
Jom Baca Majalah Baru ni aku ke kedai mamak kat rumah aku. Dalam dok belek belek magazines aku ternampak majalah Jutawan. Ada pulak jutawan internet muda tu, aku terus teruja untuk membeli. Tapi sampai sekarang belum ada masa nak baca lagi. Hehehehehe.......... Aku pun nak juga jadi jutawan macam depa tu. Tapi bagaimana ekk...... Hajat tu tinggi tapi nak jadi macamana belum ada usaha ke arah itu. Tu orang kata kalau ada duit semua boleh jadi tapi yang pasti duit bukan memberi kebahgiaan yang hakiki. Kebahgiaan hanya ada dalam agama kan. Aku rasa korang semua pun teringin nak jadi jutawan juga kan, Meh kita share ideas skit. Ini satu lagi magazine kegemaraan aku. Tapi belum ada peluang untuk beramal dan sebagainya ( banyak sangat benda nak sebut). yang best tu dalam edisi kali ni ada di introducekan varieties of lenses untuk mendapat gambar gambar yang menarik. Aku pun teruja juga nak beli lense yang baru tapi bila di fikirkan aku kensel dulu niat tu until aku ada masa yang sesuai. Paka...
- Get link
- X
- Other Apps
Aku Beli Buku Di Bourders Aku beli lagi dua buah buku fiction untuk aku baca. Writer memang tak berapa famous tapi maca summary kat belakang macam best je. Kadang new writer pun ada idea yang bagus and tak semestinya famous writer sahaja yang idea best selalu. Cuma famous writer ni bila dah ada nama cerita kalut macam katun pun orang kata macam best aje. . Aku suka cuba baca buku buku by new writer. Tapi selalu ada hiccup skit la. Macam aku ada baca satu buku tu sampai sekarang aku tak tau apsal bapa dia mati. macam tetipa je incident tu berlaku dan asyik cerita pasal anjing. Nak stop rugi jadi layan jugak lah. Hehehe...pasai cerita aku?? Nanti dulu....mood tak datang datang nih....kena dok tepi pantai laut caspean sorang sorang kot baru mood boleh datang.
- Get link
- X
- Other Apps
Buku Dari Amazon.Com Buku yang aku order dah sampai. Bertambah lah lagi buku buku dalam library aku. Nak kendong ke kem nanti untuk aku habiskan aktiviti di waktu lapang. Dah lama aku nak tahu pasal sejarah world war tu. Masa sekolah menengah belajar pun rasa macam tak lengkap. Bila baca ni boleh kot jadi pakar sejarah pulak kan. Kalau macam ni punya tebal buku nampaknya aku tak keluar bilik la....
- Get link
- X
- Other Apps
Dah Boring Ke???? Ini anak perempuan aku yang no 3. Selalu himpit aku nak main game kat PDA aku. Dia ni umo 4 tahun dah kenal huruf dan tahu membaca. Bila umo 5 tahun dah pandai macam macam. Sekarang dia dah 6 tahun aku hantar ke tadika agama. Sekarang dia dah boring sebab belajar benda yang dia dah tahu. Nak buat kerja sekolah pun dah malas. Finally aku dan wife aku terpaksa beri latihan dari buku latihan darjah satu. Dia ok aje. . Yang aku pelik tu apsal sistem pendidikan kita so rigid sangat. Tak boleh nak twist and bend langsung. Pihak sekolah pulak tak berani nak decide sebab takut kena dera nanti ke kawasan ulu banat. Hhmmmm........susah lah kalau tak ada flexibility langsung. Anak aku darjah 6 pulak tuition sepanjang hari di jalankan oleh pihak sekolah. Baik sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Tak ada rehat langsung sampailah ke malam. Kesian aku tengok. Aku sendiri pun rasa penat. Yelah semua nak anak anak berjaya. Parents nak keputusan yang terbaik dari anak. Sekolah pun nak...
- Get link
- X
- Other Apps
Jom Buat Apple Pie Lama sangat aku nak buat Apple Pie ni tak kesampaian until Chef kasi aku beberapa potong sebelum aku balik. Sejak dari tu aku nekad untuk buat. Balik saja ke rumah aku ajak wife aku buat. Tahu sajalah lastly wife aku yang kena siapkan semua tu. Aku jadi pengarah terhormat. Hehehehehehe........ Apple ni kalau masak memang masuk atau 'gu' dengan cinnamon atau kulit kayu manis. Jadi aku pergi ke TESCO untuk beri barang keperluan. Sebelum tu dah beli banyak apple tapi semua habis di belasah oleh anak anak aku. So kena beli lagi. . Nak buat tak susah pun. Mula mula buat apple paste. Bilangan apple memang banyak nak di pakai. Kalau dua biji baru dapat satu sudu. So kalau dah besar tray yg dalam gambar mau pakai lebih dari 20 biji. Pertama sekali kupas kulit dan potong dadu apple tersebut. Sebahagian blend. Masak semua tu atas api perlahan di campur dengan kulit kayu manis dan brown sugar. Sementara inti nak kental boleh buat pastry biasa. . Untuk pastry bawah kena ...
- Get link
- X
- Other Apps
Pesta Buku di PWTC Sebenarnya aku malas sangat nak ke sini. Pertama sekali aku malas dengan orang ramai dan sesak. Lepas tu nak cari parking satu hal lain. Oleh kerana anak dara aku kepingin sangat nak pergi aku gagahkan diri pergi juga sebab dia nak beli buku. Aku dah beli buku awal lagi kalau tidak aku pun beli juga buku. Kalau nak ikutkan hati memang nak beli lagi buku buku tuh. Tetiba ada announcement yang Sheik Muzafar akan datang untuk melancarkan buku beliau berjudul Journey To The Space. Oleh kerana lambat lagi aku tanya anak aku nak bergambar dengan dia tak? Anak aku kata naks sangat lah. Pastu aku kata duduk kat gambar tu and Ba ambil gambar...hahahaha. . Lepas tu aku terus jalan di area MPH booth and nampak gambar ukuran poskad Sheik Muzafar ni. So aku tanya penjual kat counter tu macam ni. 'Apsal nak ambil gambar Sheik Muzafar? Gambar saya tak nak ambil ke?' Tetiba seorang kakak ni baya aku mencelah. 'Dia tu ramai girlfriends sebab tu orang nak ambil gambar....
- Get link
- X
- Other Apps
Rumah Baru Kakak Aku Akhirnya impian my sister untuk memiliki rumah sendiri tercapai juga setelah berpindah randah puluhan kali. Aku rasa dah tak terhitung bilangan rumah yang kakak aku sewa. Kira berbaloilah sekali ni dan tak payah nak fikir lagi untuk berpindah. Rumah luas dan selesa dan murah jugalah dapat kontractor, Kira berbaloi sangat dengan saiz rumah dan harga. Aku tak sempat nak ambil semua gambar . . Anyway many thanks to my sister for the house warming and nanti buat lagi ye. Bila dah buat rumah besar macam ni and anak anak pulak dah belajar di luar tinggallah dengan hubby tersayang sahaja. Kalau hubby outstation tinggallah sorang sorang di rumah yang luas. Kira berbaloi lah untuk diri aku ni dengan anak anak yang ramai. masih meriah di rumah. Tapi nampak gaya anak aku Ubai mungkin akan berhijrah pulak. Tinggallah wife aku dengan lima anak anak yang lain. . Cuma tak sempat nak dok lama sebab banyak urusan kat rumah tak selesai. Sempat juga aku jumpa member baik aku yang dah...
- Get link
- X
- Other Apps
Balik Kampung Hari Rabu lepas aku balik kampung. Anak aku Ubai, Safwan, Ikhlas dan Syahadah sahaja yang ikut aku balik. Yang lain tu malas nak balik sebab ada periksa selepas cuti. Biasalah anak anak dara aku tu. Wife aku pulak nak rehat kat rumah lagi pun anak dara aku ada di rumah kena teman mereka. Aku balik tak lama sebab banyak hal nak buat. . Sampai saja rumah my mother, lepas lunch terus solat zohor dan berangkat ke rumah mertua aku. Di sana mertua aku cuma jamu kopi aje sebab nak cepat. Tapi dia tetap tak lupa untuk hadiahkan separuh guni beras. Ini dah jadi satu kemestian. Cuaca tak lah berapa panas. Tapi angin yang bertiup dari kawasan bendang yang masih kering memang laju. Kadang kena tutup pintu dan tingkap takut habuk masuk dlm rumah. Tapi kalau lepas makan tengahari dan lepak lepak di samping tiupan angin tu mesti syahdu dan tido lentok punya. . Sebab nak cepat after 4.15 terus aku drive menuju ke rumah abang aku di Permatang Pasir, Tikam Batu. Banyak benda dok bercerita ...
- Get link
- X
- Other Apps
Ubai Patah Kaki Pagi tu sebelum terbang balik ke Malaysia, masa aku bangun untuk sembahyang subuh aku dapat satu sms. Aku buka dan lihat number yang tertera tu lain dari yang lain. SMS tu berbunyi macam ni. "Kaki saya patah banyak and kena ke hospital." Aku jadi gelabah kejap sapa yang hantar SMS ni. Aku balas balik,"Sapa ni?' Kemudian aku dapat lagi balasan, "Ba, saya patah kaki nak kena ke hospital. Ni Ubai." Aku dah panic ingat dia accident. Maklumlah baru dapat lesen. Later on wife aku jawap sebab main bole. Aku ingat nak SMS result SPM di pagi hari tapi berita patah kaki. Dengan keadaan Ubai macam tu nampak gaya aku pun sama sama patah kaki. Mana tidaknya sebab setiap kali cuti dialah teman setia aku ke hulu dan ke hilir. Sekarang nampak gaya kenalah jalan sorang sorang. Kaki dia dah berbungkus siemn macam pakai setokin tu. Pada 6th April nak kena jumpa Pakar otopedik untuk nengok apa keadaan. Rasanya sekarang dah beransur pulih. Walau kaki berbungkus...
- Get link
- X
- Other Apps
Aku Dah Jadi Spiderman?? Dah dekat sepuluh hari aku tak blogging. Balik umah sibuk benar and banyak benda nak buat. Bila mengadap PC mood tak mai mai untuk aku update. Cerita banyak beratur untuk di tulis. Kalau nak blogging, jiwa pun bermain dengan mood mesti payah. . Aku rasa mesti ramai peminat setia aku ingat aku dah jadi Spiderman. Maksudnya blog aku dah bersarang lelabah, penuh dengan sawang. Maklumlah lama tak update and buat house keeping. Tapi aku tak adalah abandon terus blog ni. Cuma rehat sekejap aje. Kecuali mentor aku sorang tu....tak update langdung blog dia dari tahun lepas. Aku rasa kalau nak buang semua sawang tu kena upah pekerja bangla and kena buat doa selamat skit supaya mood dan semangst blog tu kembali pulih dan ceria...Hheheheheheh....siapakah si dia itu ye....??
- Get link
- X
- Other Apps
Yahoooo...... Aku Balik Esok Insyaallah esok aku akan keluar dari kem. Lusa aku akan berangkat ke Bangkok. Pagi Jumaat aku akan bertolak ke Kuala Lumpur and insyaallah akan tiba KLIA about pukul 1 tengahari. Aku dah siap suruh wife aku tunggu di sana and lepas tu terus ke Alor Gajah untuk ambil anak teruna aku dari hostel. Sabtu pagi tu ke puduraya pula untuk hantar mak mertua aku balik kampung. Dia nak balik awal sebab banyak kenduri katanya. Lepas tu aku terus ke Low Yat untuk cari apa yang patut dan untuk tidak buang masa. . Nampak gaya hajat nak ke Chatukchak Market tak kesampaian lagi. Insyaallah di lain waktu atau on the way balik nanti. Lagi pun kat Bangkok ada kacau skit. Aku rasa ada hikmah aku tak jadi ke sana. Kemas??? Dah..... Kali ni tak beli apa apa pun cuba kopiah yang nak di hadiah pada member member. Sampai rumah banyak demand yang perlu di penuhi. janji dengan TAGAS nak jumpa. Aku rasa aku jemput dia datang rumah aje lah. So boleh amik kopiah sekali. Untuk EQ....mana ...
- Get link
- X
- Other Apps
International Woman's Day Hari ini adalah Hari Wanita. Di sini adalah cuti umum. Aku terperap satu hari di bilik. Patut pun public holiday sebab pengorbanan wanita ni tak ternilai. Terutamanya melahirkan kita semua ke dunia ini. Kenal kan gambar di atas. Aku memang meminati wanita tersebut sebab dia memang sangat cantik. Memang patut di menang Miss World dulu. Sebab aku suka pada kejeltaan wanita tersebut aku pun kumpul beberapa gambar dia kat dalam komputer aku. Korang jangan salah faham. Aku cuma ninat bukan gila kat dia ye... . Walaubagaimana pun jauh di sudut hati wanita yang aku sanjung, rindu, hormat dan sayang adalah isteri aku sendiri. Wanita yang memberi zuriat kepada aku. Wanita yang menjaga dan mendidik anak anak aku. Wanita yang sentiasa di sisi aku dalam keadaan senang dan susah. Wanita yang sentiasa sabar melayan segala kerenah aku. Dan wanita yang sentiasa faham dan kenal hati budi dan perangai aku. Dia lah wanita sejati yang menjadi isteri aku. Dialah wanita yang ti...
- Get link
- X
- Other Apps
My Blogging Anniversary On the 13th March will be my blogging anniversary of 4 years. First of all I would like to express my solemn gratitude to Mr Ghazz for his willingness to introduce this blog to me. I was in Sudan during that time and blogging was another activity that could fill my boring time. I never thought that I would continue blogging until today. For Mr Ghazz only one question that I would like to post to him. What happen to your blog? I am sure that there many blog lovers out there are desperately waiting for your write up every day. Come on Ghazz......... post us your new events, agendas and many more stories that you would like to share. Don't say that you are too busy with your work to us. People always say that don't let your blog to turn into the spider web....hahahaha.
- Get link
- X
- Other Apps
The Prince of Tides . I was thinking of going to bazaar today. Yet, I was so lazy to move from my bed in the gloomy weekend. I woke up about 9.00 am, heating the pot to fry fritter with pepper corn and shrimp. While waiting for the oil to heat, I took a shower and get dressed. I ate the fritters with a hot classical coffee and ready to venture into my internet. I was getting bored again and went to the kitchen to prepare for pilau rice. It always happened whenever my home leave is approaching. I always said to my friends that my holy soul already flew and embraced my wife day and night. Bodily, I'm still standing right in front of everybody. . I picked up this book with the intention to complete the story and turning page by page until the end of the story. I was focusing the last plot while lying lazily on my bed and sometimes waiting for the sms to disturb for a while. What I can say is the story is so nicely narrated and I can say that I adore the plot and the writer. . I came t...
- Get link
- X
- Other Apps
Peace and Tranquility Aku call wife aku tadi. Macam biasa kami bicara tentang anak anak dan keputusan SPM yang akan keluar Khamis ni. Aku jadi gemuruh juga menunggu keputusan anak aku. Dari amatan aku, rasa dah boleh agak apa yang anak anaku akan dapat. HHmmmm...... lepas tu apa hala tuju seterusnya nengoklah keputusan nanti. Cuaca pula panas di Malaysia. Sini masih sejuk tapi tak perlu sangat buka heater. Kira just nice. Nampak gaya nak kena bawa anak anak aku mandi manda. Mungkin bawa depa mandi manda kat Batu feringgi atau Bukit Merah Lake Town Resort. . Cerita pasal waterfall, dekat rumah aku di Gurun terdapat satu waterfall bertingkat yang sangat cantik di kaki Gunung Jerai. Masa aku masih bersekolah, aku selalu lepak lepak di sana dengan member member aku. Kira tahu berenang di situlah secara semulajadi. Sejak incident lemas 10 tahunlalu 4 beradik lemas di bulan puasa, aku dah tak ke sana lagi. Setiap kali aku nak kesana bawa anak anak aku dan anak anak saudara my mother akn pot ...
- Get link
- X
- Other Apps
Genggam Bara Api Biar Sampai Jadi Arang Cinta aku pada buku and sifat suka membaca memang sukar di pisahkan. Itu cerita masa si sini sebab aku ada banyak masa. Bila ada di rumah nanti plan semua akan berubah and minat membaca aku mungkin semakin luntur sebab masa aku akan di agihkan kepada aktiviti yang lain. Tapi aku akan cuba kuatkan semangat agar minat membaca aku akan berterusan. Ini termasuklah dengan bacaan Quran aku serta taklim...hehehehehe... . Aku dah beritahu pada anak anak aku jangan sepah sepahkan library atau studio aku tu. Tolong kemas dengan tip top sebelum aku balik. Ini dah kira macam satu warning la....hehehehe. Kadang anak anak ni nak kena disiplin skit supaya rumah tak berselerak dan kemas. Kalau tidak sampai nikah pun rumah tak berkemas. Masa aku kecil kecil memang mak aku pantang sangat kalau kami main atas katil yang berkemas. Dia akan kejar aku dengan abang dengan talipinggang. hehehhehhehe. Lepas tu memang serik tak buat lagi. Mak aku kata lagi.....dalam rumah...
- Get link
- X
- Other Apps
Happy Birthday Syahadah Semalam birthday Syahadah. Aku tak sempat nak wish kat dia. Wife aku beli cake and hantar kat sekolah sebab dia nak celebrate dengan kawan kawan. At first wife aku nak sambut bila aku ada di rumah. Tapi pada malam tu dia asyik himpit wife aku sebelum tido and merayu cam ni, "Umi please ye...pleaseeeeeeeeeeee....... " Tak henti henti, sehingga wife aku confess barulah dia pergi tido. Sekarang Adah dah 6 tahun. Sekejap aje dia membesar dan next year dah darjah satu. Bsa pun nak ambil kesempatan untuk ucapkan Selamat Harijadi pada Adah. Ok... miss you...muaahhhhh.....
- Get link
- X
- Other Apps
Ubai Dah Pas... Semalam aku dah tak sabo tanya wife aku , Ubai dah pas ke test memandu. Biasalah aku ni seorang bapa yang sangat kepoh. Call hand set dia tak berjawap. Risau jugak ni. Finally wife aku sms beritahu dia dah lulus.. Alhamdulillah. Sebelum kata lulus sempat lagi joke dengan wife aku kata tak sempat register lah....tak luluslah... Jadi sekarang aku rasa lega bila dia dah ada lesen. Banyak benda dia dapat membantu wife aku. So next new assignment bila dapat lesen Jumaat ni adalah hantar adik adik ke sekolah. Aku kata kat dia sekarang dia boleh jadi supir aku. hahahahahaha....... Tapi kena juga tengok dia memandu. Nak pandu kereta ni buakan main belasah aje. Kena fokus dan sabar dan cermat.....semoga perjalanan sentiasa selamat. Oooppppssss.....terlupa plak...satu lagi yang sangat penting adalah amalkan sunah bila bak memandu...masuk kaki kanan dan keluar kaki kiri dan tak lupa baca doa naik kenderaan..... Semoga berkat hidup ni.
- Get link
- X
- Other Apps
Akhirnya Aku Temui Mereka.... Berkat usaha Abe dapat juga aku kembali berhubung dengan anak anak arwah member aku. Aku nak ucapkan terima kasih pada Abe kerana berusaha untuk mencari anak anak arwah member aku dan mendapatkan no talipon mereka. Allah sahaj yang dapat membalas jasa baik Abe. Dengan number tersebut aku berjaya menghubungi mereka untuk mengetahui perkembangan anak anak arwah dengan lebih lanjut. Anak sulung (Hafizah) sudah bernikah dan masih belajar. Anak kedua seorang Hafiz dan sekarang berniaga kedai makanan bersama adik no 3. Anak keempat sedang belajar akedemik dan hafiz di Terengganu Anak kelima sedang belajar hafiz di Kubang Bujuk, KT. Anak ke enam (perempuan) belajar di sekolah ugama dalam tingkatan dua Anak ketujuh sekolah kebangsaan darjah 6 dan anak kelapan perempuan darjah empat. Buat masa sekarang Anak no dua yang menjaga adik adik dengan pendapatan berniaga . Waktu sekarang mereka hanya tinggal berempat sebab yang lain tinggal di asrama. Sedih bila aku berbic...
- Get link
- X
- Other Apps
Semoga Berjaya Ada dua perkara yang Ba doakan untuk Ubai bagi masa yang terdekat ini. Pertama sekali esok ujian memandu. Buatlah yang terbaik. Kalau umi boleh sekali test aje, tak kan Ubai tak boleh buat kot?? Ba cabar sikit ok. Macam Ba pesan tadi sebelum ambil test esok, sembahyanglah hajat supaya Allah mudahkan ujian memandu esok. Bila dah ada lesen Ba dah tak worry lagi kalau Ubai nak memandu. Ba pun boleh tumpang relek and lepak kat belakang macam Bos sebab Ubai dah jadi supir Ba...hahahaha. . Keduanya SPM result akan keluar Khamis minggu depan. Ba rasa , Ba lagi berdebar dari Ubai. Walau bagaimana pun semuanya mungkin dah tersurat. Tetapi jangan lupa terus berdoa agar dapat keputusan yang baik. Ba pun tak henti henti turut berdoa untuk Ubai. Bila Ba balik selepas keluar keputusan baru kita discus mana hala tuju perjalanan Ubai. Mana nak teruskan pelajaran dan apa bidang yang akan di ikuti. Seperti Ba kata sebelum ni semuanya terletak di tangan sendiri sebab diri sendiri yang akan...
- Get link
- X
- Other Apps
Aku Sedih...Huhuhuhuhuh Hari ini anak aku Ubai YM dengan aku. Banyak benda yang kami chat. Paling utama tugasan yang aku berikan untuk dia untuk download cite cite pilihan aku. Yang lain tu khabar adik adik belajar macam mana. Itu tugasan ke dua. Yelah abang mesti kena ambil berat adik adik belajar. Cerita punya cerita dia pun beritahu aku yang pokok frangipani yang aku tanam depan pintu gerbang yang beraneka warna dan harum semerbak tu dah tumbang. Alahai sedih beno aku di buatnya. Aku kurang pasti and tanya lagi. Dia kata semua. Aiyoo...satu hal nak kena semai balik and tanam ambil masa untuk mature. Kalau tumbang patah dahan tak apa tapi kalau sampai tercabut akar alamatnya kena buat semula. . Aku tak puas hati terus call wife aku. Hmmm... rupa rupanya ada satu yang bunga merah yang aku beli RM50 masa kecil tu yang tumbang. Sekarang dah besar. So kena semai semula dalam poly bag. Nampak gaya balik ni aku kena make over semua pokok pokok tu dan yang pasti aku terpaksa bongsaikan. Ya...
- Get link
- X
- Other Apps
My Embroidery Work Dah lama aku simpan benda alah ni untuk siap kan tapi tak siap siap. Orang kata kalau mood tak mai nak buat apa pun tak menjadi. Entah bila nak siap satu ni. Aku ada empat semua untuk di siap kan. Motif macam biasa aje iatu ranting zaiton bersama dengan buah buahnya. Nak kata susah tak ada lah sebab buat satin stitch aje. Apa apa pun akan aku siap kan juga satu hari nanti. Itu belum lagi nak cerita aku punya write up yang aku dok bersemangat selama ni. nampak gaya terpaksa concentrate for next trip. Susah juga jadi orang yang sibuk macam aku ni. Hmmm....sibuk kat bilik katakan...