Semoga Berjaya
Ada dua perkara yang Ba doakan untuk Ubai bagi masa yang terdekat ini. Pertama sekali esok ujian memandu. Buatlah yang terbaik. Kalau umi boleh sekali test aje, tak kan Ubai tak boleh buat kot?? Ba cabar sikit ok. Macam Ba pesan tadi sebelum ambil test esok, sembahyanglah hajat supaya Allah mudahkan ujian memandu esok. Bila dah ada lesen Ba dah tak worry lagi kalau Ubai nak memandu. Ba pun boleh tumpang relek and lepak kat belakang macam Bos sebab Ubai dah jadi supir Ba...hahahaha.
.
Keduanya SPM result akan keluar Khamis minggu depan. Ba rasa , Ba lagi berdebar dari Ubai. Walau bagaimana pun semuanya mungkin dah tersurat. Tetapi jangan lupa terus berdoa agar dapat keputusan yang baik. Ba pun tak henti henti turut berdoa untuk Ubai. Bila Ba balik selepas keluar keputusan baru kita discus mana hala tuju perjalanan Ubai. Mana nak teruskan pelajaran dan apa bidang yang akan di ikuti. Seperti Ba kata sebelum ni semuanya terletak di tangan sendiri sebab diri sendiri yang akan membentuk perjalanan hidup. Ba cuma memberi bimbingan dan memberi segala kemudahan untuk Ubai belajar. Buak macam ba di zaman remaja belajar pun segalanya kekurangan dan Ba tak kenal apa itu tuition dan apa itu belajar tanpa usaha bersungguh sungguh.
.
Akhir kata selamat berjaya. Pastinya talipon di rumah terus berdering sebab Mak Ngah, Mak Lang, Pakcin Din , Tok dan semua orang akan bertanyakan keputusan abang. Apa apa pun bersedialah dengan apa keputusan yang akan di terima ok. Apa yang kamu usaha itulah yang kamu dapat.
Comments