Pesta Buku di PWTC


Sebenarnya aku malas sangat nak ke sini. Pertama sekali aku malas dengan orang ramai dan sesak. Lepas tu nak cari parking satu hal lain. Oleh kerana anak dara aku kepingin sangat nak pergi aku gagahkan diri pergi juga sebab dia nak beli buku. Aku dah beli buku awal lagi kalau tidak aku pun beli juga buku. Kalau nak ikutkan hati memang nak beli lagi buku buku tuh. Tetiba ada announcement yang Sheik Muzafar akan datang untuk melancarkan buku beliau berjudul Journey To The Space. Oleh kerana lambat lagi aku tanya anak aku nak bergambar dengan dia tak? Anak aku kata naks sangat lah. Pastu aku kata duduk kat gambar tu and Ba ambil gambar...hahahaha.
.
Lepas tu aku terus jalan di area MPH booth and nampak gambar ukuran poskad Sheik Muzafar ni. So aku tanya penjual kat counter tu macam ni.

'Apsal nak ambil gambar Sheik Muzafar? Gambar saya tak nak ambil ke?'

Tetiba seorang kakak ni baya aku mencelah.

'Dia tu ramai girlfriends sebab tu orang nak ambil gambar."

Aku jawap balik.

"Saya pun ramai jugak girlfriends.'

Kakak tu terus diam. Lepas tu aku nampak timbunan gambar pemuda ni di atas kaunter. Aku tanya penjual tu , bolehke aku nak ambil untuk anak aku. Dia kata ambil lah. Tetiba kakak tu pun minta juga gambar Sheik Muzafar.

Lepas tu aku pun kata kat kakak tu cam ni.

'Kak, kak tak boleh ambil gambar dia, kak kena puja gambar suami aje."

Lepas tu aku nampak kakak tu cam marah aje....hehehehe. Alamak baik aku cepat cepat lari nanti kena belasah kang.

Itulah...seronok bila diri ni menjadi pujaan ramai...heheheheh

Comments

SkiD said…
Kakak tu peminat tegar kot...heheheh!!

Popular posts from this blog