Balik Kampung




Hari Rabu lepas aku balik kampung. Anak aku Ubai, Safwan, Ikhlas dan Syahadah sahaja yang ikut aku balik. Yang lain tu malas nak balik sebab ada periksa selepas cuti. Biasalah anak anak dara aku tu. Wife aku pulak nak rehat kat rumah lagi pun anak dara aku ada di rumah kena teman mereka. Aku balik tak lama sebab banyak hal nak buat.
.
Sampai saja rumah my mother, lepas lunch terus solat zohor dan berangkat ke rumah mertua aku. Di sana mertua aku cuma jamu kopi aje sebab nak cepat. Tapi dia tetap tak lupa untuk hadiahkan separuh guni beras. Ini dah jadi satu kemestian. Cuaca tak lah berapa panas. Tapi angin yang bertiup dari kawasan bendang yang masih kering memang laju. Kadang kena tutup pintu dan tingkap takut habuk masuk dlm rumah. Tapi kalau lepas makan tengahari dan lepak lepak di samping tiupan angin tu mesti syahdu dan tido lentok punya.
.
Sebab nak cepat after 4.15 terus aku drive menuju ke rumah abang aku di Permatang Pasir, Tikam Batu. Banyak benda dok bercerita dengan dia sehingga pukul 7.00 baru aku teruskan perjalanan ke Parit Buntar rumah my sister dan bermalam di sana. Sebab besok tu my sister buat jamuan house warming untuk kami sekeluarga sempena masuk rumah baru.

Comments

SkiD said…
Akhirnya jumpa gak kita ye Not. Thank for kopiah tu...

Popular posts from this blog