HIV Test Visa work permit aku mati pada hujung bulan October. Hari ini aku ke hospital untuk lakukan HIV test untuk dapat visa extension. But bukannya free tapi kena bayar USD13. Dulu kasi aje USD20 tak payah buat test pun. Tapi kali ini dia kata wajib kena buat dan tak boleh main bayo bayo aje. Oklah kalau kena buat HIV test pun. Masa di Sudan pun macam ni juga. Tapi hanya sekali aje. . Aku ni bab kena cucuk memang kecut skit. Lagi otai lagi takut pada jarum. Bila sampai di hospital aku dengan rela diri untuk jadi pesert pertama. Bila misi datang aku duduk tepi meja, dia ikt tangan aku dan terus tusuk kan jarum kedalam lengan kiri aku. Terkezut aku.....kasarnye..... Kami pergi seramai 6 orang. Aku harap everything is ok and aku akan dapt visa extension sebelum hujung bulan October sebab aku ada plan pada hari Raya Haji nanti. Dan malas rasa nak raya di sini lagi.
Posts
Showing posts from September, 2010
- Get link
- X
- Other Apps
Rusdi Berhari Raya di Rumah Aku Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih pada hang pasai sudi juga datang beraya di rumah aku. Kalau tidak bila lagi nak datang. Raya tahun ni ramai member datang ke rumah. Cuma yang lain tu tak sempat nak ambil gambar. Termasuklah kenalan blogger datang walau dalam keadaan hujan. Aku seronok nengok anak anak Rusdi yang ramai tu. Kira dah jumlah 11+1 tapi cuma 7+1 yang bertandang ke rumah. Aku faham sangat dengan kerenah anak anak yang ramai sebab aku pun mempunyai anak yang ramai. Anak ramai ni rasa payah dan letih semsa mereka kaecil sahaja tetapi apabila dah besar senang dan mudah di urus. Yang paling penting kena beri didikan agama yang secukupnya semoga semua anakanak dapat taat kepada Allah dan ibubapa.
- Get link
- X
- Other Apps
Happy Birthday Ikhlas Pada 27 September lepas genap umur Ikhlas 9 tahun. Ba nak ucapkan selamat harijadi semog di murahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Hari tu aku dah nak berangkat balik ke sini. Tak sempat aku nak buat preparation for his birthday. Semasa aku bawa Syahadah jumpa dentist aku sempatkan juga untuku beli cake pada Ikhlas. Bila dia balik saja dari sekolah aku terus tunjukkan cake and ucapkan selamat harijadi. Aku pesan pada wife aku celebrate lah lepas isya nanti. Pandai pandailah nak prepare apa. Kalau tanya Ikhlas dia nak buat di sekolah. Sekarang wife aku sibuk dengan Hana, permintaan dia terpaksa di tolak. Sorry ye Ikhlas......
- Get link
- X
- Other Apps
Jumpa Dentist Sebenarnya hari ini aku dah nak bertolak ke Dubai pada waktu maghrib. Semalam bila aku check gigi anak aku rupanya dah ada gigi nak tumbh di belakang. So aku buat appointment dengan Dr Ahmad untuk di cabut gigi tersebut. Aku kena pastikan segala urusan di tanggung beres. Tak kan nak harapkan isteri aku untuk uruskan dengan bayi nak urusa lagi. Tapi masih ada lagi benda yang aku tak dapat bereskan. semalam dah plan nak bereskan semua tapi masih ada member member datang untuk berhari raya. Terpaksa tangguhkan kerja kerja tersebut. Nampaknya kena pas baton kat wife aku lagi.........
- Get link
- X
- Other Apps
Jom Pekena Nescafe Tarik Bila balik ke Malaysia salah satu benda yang aku teringin ialah nescafe tarik mamak. Aku tak berapa suka sangat minum teh tarik. Sebenarnya aku tak suka sangat makan di kedai mamak sebab harga dia yang ridiculous. Oleh kerana aku suka nescafe tarik mamak aku gagah juga ke situ. Kalau nak minum di kedai lain rasa tak best. Tapi kalau di kedai mamak kalau dia bancuh tak kena dengan taste aku, aku akan suruh dia buat semula...hehehehhe. Inilah uniknya Malaysia...
- Get link
- X
- Other Apps
Income Tax Hari Khamis lepas aku dah setel income tax aku. Lega rasa. Semak semua akaun rupanya pada tahun 2008 and 2009 aku tak di kenakan tax. Bestnye. Semak semua akaun rupanya aku ada lebihan duit sebanyak 4K. Hehehehehe...bolehlah aku belanja sakan pada raya haji nanti. Bukan apa, niat tu nak beraya di Istanbul. Nak belai belai dan manja diri skit. Pada tahun ini pun aku akan di kecualikan tax juga. Tapi bila aku sampai pada perkarangan Jalan Duta ni banyaknya kereta. Tak terkata apa aku. Puas nak mencari parking. Kalau polis nak kutip duit saman memang banyak orang akan kena saman. Akhirnya aku pun belasah jugalah walau terpaksa menapak jauh....
- Get link
- X
- Other Apps
Jom Buat Kek Hari ni hujan memang lebat pada waktu petang. Aku nak beradu pun keras mata. Finally aku ajak anak anak aku buat cup cake. masa tu dah dekat pukul 4. Apa lagi kami terus keluarkan semua barang dan buku resepi. Pagi tadi aku dah keluar untuk beli bahan bahan. Itu dia bahan bahan untuk buat orange and date cup cake. Siap dengan buku resepi lagi. Senang aje cara cara dia. Timbang dengan betul dan terus terjun dalam mangkuk untuk di putar. Kira dalam masa 20 minits siap untuk di ovenkan. Bila dah lembut dan bertukar warna akhirnya masukkan pitted dates yang telah di cincang. Inilah anak aku Syamim and Ikhlas yang turut membantu. Saja nak ajar depa lepas tension. Shamim tu baru habis exam UPSR kertas maths 1 pagi tadi. jadi aku ajak dia sama sama release tension. Ikhlas tu pulak lepas tension sebab asyik berebut Iphone dengan Yusuff. Tugas untuk memarut range tu aku tugaskan pada Syamim. Ikhlas pun nak buat juga. Sebab aku nak cepat aku tak kasi dia buat. Esok aku kasi dia buat...
- Get link
- X
- Other Apps
Beli Lemang On the way balik teringat pula nak beli lemang. Aku belilah dua batang. Bukan apa kalau terkejut tergempak orang datang raya kat rumah dah tersedia ada. Lagi pun masih ada frozen ketupat daun palas yang mertua aku kasi. Aku kurang makan lemang ni tapi anak anak aku suka. Makan dengan honey atau gula pun sedap jugak kan. Kadang tu tak pasti pulak samada lemang tu memang betul betul lemang atau tidak. Kalau di KL lemang memang mahal. Sebatang aje dah RM8.
- Get link
- X
- Other Apps
My New Roses Selepas ke Borders aku drive kete aku ke Ampang Park, iaitu tempat yang aku paling suka lepak sebab ada banyak benda aku nak dapatkan di sini. Mula mula ke Hubby and Wool sebab nak beli jarum dan benang. Then aku jalan kat bawah singgak kat florist tu nak beli bunga. Bunga roses ni dah lama aku nak beli tapi entah macam mana tak pernah jadi. Lagi pun roses yang aku beli kat Copenhagen dulu pun dah mereput sebab terbiar pada cahaya matahari. Tinggal bunga aje sebab daun daunnya dah lama luruh sebab di petik oleh anak anak aku yang ramai. Sampai aje rumah terus aku arrangekan dalam pasu tu. Cantik tak....?????? Orang mesti pelek kan dengan aku. Orang beli sebelum raya tapi aku beli selepas raya. Tak kisah lah. Harga tak mahal cuma RM7 sahaja dan sepuluh ranting cuma RM70.
- Get link
- X
- Other Apps
Beli Buku Lagi... Semalam aku ke KL lagi. Perkara pertama adalah untuk service kereta. Lepas tu masa untuk aku ronda ronda. Alhamdulillah service express semalam. 45 minit dah siap. Lepas tu aku terus ke Lowyat untuk beli pen drive yang Abe pesan and selesai aje aku ke Borders untuk beli buku. Aku beli dua buah buku seperti dalam gambar tu. Kebetulan ada sale sebab depa dah nak berpindah ke Pavillion. Jalan sorang sorang ni releks sikit. Kita punya sweet time sendiri. Kalau ikutkan hati banyak benda yang nak di beli tapi aku ikat nafsu kuat kuat...heheheheh.
- Get link
- X
- Other Apps
My Little Princess Inilah dia wajah putri aku yang bongsu. Hari ini dia berusia genap 3 bulan. Yang best tu dia dah pandai ketawa dan senyum. Bila di panggil sudah pandai menyahut. Putri bongsu aku ni tak banyak ragam. Kalau letak dia seorang diri pun dia ok aje. Tapi abang dia Yusuff tu memang tak boleh di harap sangat. Lambat lepa dia akan datang untuk uli telinga and picit hidung Hana. Pas tu dia akan menangis susah nak pujuk. Apalah abang cik ni..... Seronok sebenarnya apabila mempunyai anak ramai dan bayi di rumah. Rumah kita akan sentiasa ceria dan riuh rendah.
- Get link
- X
- Other Apps
Ubai Dah Balik Ke Dungun Tadi dah hantar anak teruna aku Ubai ke Hentian Putra untuk balik ke Dungun. Aku nak hantar di KTM Rawang aje. Entah tetiba rasa kesian pulak aku terus hantar ke Hentiaan Putra. On the way dia kata nak McD. Singgah pula kat drive in and order Mc Chicken. Aku tak nak sebab dah kenyang. Bila sampai aje aku keluarkan barang dia dan pesan supaya jaga barang baik baik dan study rajin rajin. Another important thing ialah jangan merokok and no girl friend. Selepas peluk dia erat erat and sayang skit aku pun belah. Lepas aje Selayang aku dapat call dari dia. Dia mengadu kasut dia hilang masa sembahyang kat surau. Aduh...... nak buat macam mana. Mujur ada bawa extra selipar yang aku soalkan tadi tu. Reda ajelah. Kita doakan orang yang tersilap ambil kasut tu mendapat hidayah dari Allah untuk menjadi seorang yang warak dan alim.
- Get link
- X
- Other Apps
Fox's Tail Pam Pokok yang dah instant macam ni cuma harga RM140 saja. Memang murah dan berbaloi kalau nak beli untuk di letakkan pada keliling bangalow. Dulu di sini ada species pokok heliconia yang di jual dengan murah. kira boleh beli dari rezom dia. Tadi aku pergi dah tak nampak batang hidung. Sayangnya dah tak ada..... Abe, kalau nak tanam pokok and dampak cantik kena beli pasu yang besar macam ni ....baru best. Nampak terserlah di pintu gerbang atau pintu masuk di ruang tamu. Jangan pakai pasu kecil kecil......nampak sangat tak anggun.. Kesian Mat Indon ni kena dera dengan aku. Penat dia nak siapkan pokok pokok aku dalam poli bag tuh. On the way balik dari Hulu Yam aku singgah sebentar di Anggun Lanskap. Saja nak nengok pokok apa yang ada. Aku rasa garden aku dah sarat dengan pokok pokok walau sekangkang kera. Dalam aku dok belek belek pokok pam yang aku berkenan tu aku terpandang pada anak anak pokok pam. Tapi aku tak kenal jenis apa. Bila aku tanya pada Mat Indon tu depa kat...
- Get link
- X
- Other Apps
Kita Makan Nasi Briani Hari ini anak dara aku Balqis and anak teruna aku Ubai akan balik ke asrama. Aku masak nasi briani untuk mereka. Tapi lauknya aku suruh wife aku buat masak merah ayam. Aku siap gorengkan ayam. Mulanya nak masak kari special aje tapi dalca buah 'mungge' semalam sedap dan ada lagi so aku suruh wife aku masak merah udahlah. Korang tau ke buah 'mungge' ni? Orang utara memang tau sangst buah ni. Ianya seperti kacang kulit bersirat sepanjang satu hingga satu setengah kaki. Kalau buat kari atau dalca memang sedap. Nak makan tak susah. Korang hisap dan gigit macam makan ketam. Isinya memang sedap. Tapi orang kata buah ni angin and kadang makan pening kepala. Tapi aku ok aje. . Balik sembahyang jumaat baru kami belasah makan nasi briani sebelum hantar anak dara aku ke hostel. Kira habis sehingga menjilat jarilah. Minggu depan kalau ada kelapangan bolehlah ajak member aku datang untuk menikmati nasi briani aku ni.
- Get link
- X
- Other Apps
Beraya di Taman Melawati Nampak tak gambar kat belakang tu?? Tulah xstitch yang member aku belikan dari aku dua tahun lepas. Jual tak mahal pun...murah aje... Diam tak diam dah ada dua baby ko ye...... Memang ko power kan. Belajar kat sape kalau bukan dari aku...hehehehehe. Orang kata, kalau anak bertambah maka rezeki pun bertambah. Macam akulah. Semoga di tahun hadapan dapat ko timang anak kembar pulak nooo.... Semalam aku kerumah member aku beraya. Biasanya bila balik dari Turkmenistan aku mesti jumpa member baik aku ni. Macam macam kami borak. Kalau cerita XXX pun kira oklah...hehehehehe. Aku senang aje, kalau member tak datang kerumah aku , aku biasa aje main redah mana sempat. Kalau depa tak ada kat rumah nasiblah. Lepas tu terus ke LowYat untuk beli barang electronic sebelum menuju terus ke Melaka. Agak lama juga kami di situ dan pukul 2.45 petang baru kami sampai di Melaka. Sebelum bergerak pulang aku cuma nasihatkan Wan agar belajar rajin rajin sebab SPM dah dekat dah. Ba doak...
- Get link
- X
- Other Apps
Cucu Pertama Aku Ini dia cucu aku yang pertama. Bukan cucu sendiri lagi tapi cucu saudara. Nama dia Muhammad Hafizuddin. Sama baya dengan anak aku Hafiz Nur Yusuff. Cuma dia tua 6 bulan sahaja. Raya baru ni aku asyik dok ambil gambar dia dan dia posing best betol. Aku pun keliru nak bahasakan diri aku sebabgai Tok Su ke Pak Su. Kalau bahasakan Tok Su amboi terasa sangat tua pulak. Lastly aku bahasakan grand uncle sahaja. Kira moden skit la. Kira dah berapa kali tersasl entahlah sampai depa semua ketawa kat aku.
- Get link
- X
- Other Apps
Bacaan Yasin dan Solat Hajat Semalam ada program bacaan Yasin dan solat Hajat di anjurkan oleh sekolah anak dara aku sempena peperiksaan UPSR pada minggu hadapan. Kali ini program ni di adakan di masjid. Aku pun pergi lah ke sana dari mula program sampai selesai. Anak dara aku ni tak habis habis ingatkan aku takut aku cuba nak cilop. Aku kata Ba mesti pergi. Tak kan kita tak nak ambil bahagian. Sebelum pergi aku siap pesan kat wife aku tolong baca Yasin dan solat hajat sama di rumah. Bab bab macam ni kedua ibubapa kena ambil bahagian baru ada kekuatannya. Minggu depan tiga hari depa akan menduduki peperiksaan. Ada parents duduk di atas tikar sembahyang membaca Yasin dan solat hajat sampai anak habis exam. Aku memang tabik parents yang macam ni.
- Get link
- X
- Other Apps
Jam Untuk Wan Anak aku kata dia nak jam tangan sebab dah dekat dgn SPM. Aku bawa ke KL semalam untuk beli jam. Aku tunjuk pada dia and dia kata beli yang murah dah la. Belek punya belek and cari punya cari dia berkenan yang ini. Dia kata ringan dan sesuai dengan saiz tanya dia yang kurus tuh. Nak tau berapa harga??? Cuma RM300 sahaja. Aku ingatkan dia belajar betul betul sebab exam dah dekat sangat.
- Get link
- X
- Other Apps
Beraya di Rumah Seroji Semalam sempat juga aku beraya di rumah Seroji bekas chef kita kat camp Kiyanly. Wah rumah tersergam indah warna oren pinang masak. Memang terserlah. Tak ada apa yang di bicarakan kecuali hal hal keluarga and pengalaman di Turkmenistan. Sempat juga kami di hidangkan dengan mee goreng basah.
- Get link
- X
- Other Apps
Bawa Safwan Gunting Rambut Semalam bawa Safwan gunting rambut di salon. Sekarang budak budak ni kalau nak gunting ada style tersendiri. Aku kata ikut suka hati lah dan kalau guru besar tangkap tanggung sendiri. Style sekarang macam macam ada. Nampak macam bulu landan dan pokok serai. Itulah yang depa bekenan. Zaman aku dulu sterio type aje. Pegi kedai mamak tanpa banyak bicara siaplah. Cukup masa ayah aku datang ambil dengan motor kapcai dia. Sekali tu kakak aku bawa aku tapi aku tk nak sebab dah pernah cuba tapi pengungting rambut tau berbau nafas. Jenoh ayah aku bawa aku semula ke tempat lain.
- Get link
- X
- Other Apps
Paspot Kiz Inilah paspot anak dara aku Kiz yang baru siap. Kami buat di Pejabat Imiresen Sungai Petani sebab cepat dan mudah. On the way nak balik kami buat. Kira dalam masa 1.5 hours aje dah siap. Anak dara aku kata dia nak ikut rombongan sekolah ke Bandar Singa selepas PMR. Aku kata pegi lah and kalau nak tunggu aku nak bawa mereka entahlah...
- Get link
- X
- Other Apps
Time To Balik Dari Kampung Raya ke empat kami bertolak balik ke Rawang. Sebelum tu singgah sebentar di Pejabat Emiresen Sungai Petani untuk buat paspot Kiz. Sepanjang jalan tk adalah jem teruk. Tapi yang aku hot dengan pemandu kenderaan yang menguna lane laju dan pantu macam siput terhegeh hegeh. Memang aku geram sangat and tunjukkan jari aku kat dia. Hehehehe....bukan tunjuk jari tapi nak tayang cincin...hehehehe. Kami sempat singgah ke R&R Gunung Semanggul sebab anak dara aku yang sorang ni asik sakit perut aje. Inilah bahana bantal makan seikut hati. Aku tak pasang radio dalam kereta sebab dah ada radio ori sepanjang jalan sampai aku rasa bingit sangat telinga aku. Aku kata dah lah....suara ke laut aje.... Sampai rumah about 2.45 kira laju jugak aku pandu about 3jam setengah aje. Harap harap tak adalah surat cinta dari atok polis nanti .
- Get link
- X
- Other Apps
Beraya di Penang u Raya ketiga aku dan kakak aku pergi ke Penang untuk menziarahi abang and mak saudara aku yang tak berapa sihat. Wife and 6 anak aku yang lain dah balik dahulu ke Rawang. Senang bila balik kampung baru ni dengan dua buah kereta. Tiba kat Bagan Jermal mujurlah mak saudara aku ada. Sebab aku selalunya main redah aje. Macam biasa mesti ada laksa Penang. Lepas tu singgah kat rumah Kak Ani kat sebelah tu. macam biasa kalau jumpa dia mesti riuh dok pot pet, pot pet. Sebenarnya ramai lagi sedara sedara kat sini. Tapi aku dah tak ada masa nak ziarah.
- Get link
- X
- Other Apps
Raya Di Kampung Raya tahun ni tak lama kami di kampung sebab tiga anak anak aku nak periksa UPSR, PMR and SPM. Kami cuma spent 3 hari saja di kampung. Raya ke tiga dah bergegas nak balik ke Rawang semula. Semua dah rindu nak balik ke kediaman sendiri. Bila anak anak dah besar mereka lebih selesa tinggal di rumah. . Yang best sekali apabila Atuk mereka buatkan wakaf untuk kita lepak lepak kat luar. Kira waktu petang sambil rehat di wakaf sambil minum kopi dan menjamu kuih raya memang best. Tambahan pula dengan tipan angin sepoi sepoi bahasa. Nyaman sungguh di buatnya. Kalau ada bantal boleh ulang tidur lagi. Anak anak aku pun kempunan nak adakan wakaf di rumah. Alahai...kalau tanah tu luas tak apa.....ini luas tanah kat depan tu cuma sekangkang kera aja. Boleh kalau nak buat tu...aku boleh adjust mana yang patut patut. Tapi selalunya depa syok kejap aje...lepas tu tinggal gitu aje....
- Get link
- X
- Other Apps
Cantiknya Cawan Cawan Ni.... Aku saja aje ambil gambar cawan cawan ni yang cantik cantik. Harga aku tak pandang pun. Nak pegang risau jugak takut pecah nanti. Naya aku nak kena ganti. Kalau aku beli cawan cawan ni hanya untuk hiasan. kalau nak jamu orang takut debaran jantung aku menjadi semakin kuat takut pecah nanti...hehehehe. Dalam kita nak melayan tetamu kita kena be very practical and not to show off. Samalah juga dengan beli carpet yang mahal mahal. Biar barang yang kita guna tu harga alah kadar aje dan kalau pecah atau rosak kita pun tak sakit hati langsung.