Balik Kampung-Kita Nak Raya Laaaa....



Aku rasa untuk kali ini biar aku cerita kisah balik kampung dengan terperinci bagi kami di sini. Cerita nak raya atau raya mood dah lama muncul dalam diri kami kat sini. Nak kerja pun mood dah lari. Nak cite pasal keje memang tension bangat. Dalam kami yang ramai ramai nak balik raya tu, orang yang sangat teruja untuk balik lara adalah Kekanda Mohd Said. Bukan apa sebab dia teramat rindu dendam nak main dengan cucu. Maklumlah Kak Chaq dah siapkan baju melayu sedondon warna merah.
.
Perkara pertama yang Kekanda Said sensitive adalah tiket nak balik. Tiap tiap hari kami nak kena menjawap pasal tiket dia. Kalau kita jawap tak kompom lagi mesti muka dia macam jeruk petai. Bukan tiket dia sahaja. Tiket kami pun serupa. Masalah tiket bila nak balik sejak azali memang masalah. Tak pernah improve langsung. Kita pun dah naik meluat nak angkat pot. Oleh kerana nak selamatkan Kekanda Said dari terus menjeruk rupa kami terpaksa jugak tanya kerani yang urus tiket untuk keseribu kali. Bila tiket dah ada dan kompom baru muka Kekanda Said sweet macam tebu. Senyum simpul aje sepanjang masa.
.
Instead of ASHGABAT - BANGKOK- KUALA LUMPUR, kami semua dapat tiket ASHGABAT-ABU DHABI-KUALA LUMPUR. Tapi Kekanda Said dapat ASHGABAT-ABU DHABI-SINGAPORE. Jadi tak ada can Yus nak usik Kekanda Said lagi. Yus ni kira macam Pak Ucu lah. Suka sangat sakat Kekanda Said nih. Tapi aku cool aje...sekali sekali usik gak Kekanda tuh. Lepas raya Kekanda dah janji nak kasi kita duit raya. Tak pa kita tunggu....... kodik kodik aku dapat 100Manat pun jadi lah. Untuk Kak Chaq jangan lupa kirim masakan special Taman Rinting tau. nanti kempunan pulak kita orang.

Comments

Popular posts from this blog