Lega Rasanya......


Bila saja kami berlepas meninggalkan negara tiga suku ni semua rasa tersangat lega. Bekalan makanan untuk berbuka di dalam pesawat dah kami beli. makanan biasa saja iaitu kurma dan biskut. Ada juga air minuman botol dan kotak. Di sini majoriti tak puasa. Sebab tu suasana hari raya tak muncul di sini. Makan di khalayak ramai dah menjadi perkara biasa. Walau bagaimana pun seronok kita orang nak balik raya. Maklumlah nak jumpa orang yang tersayang. Mereka pun tak sabar menunggu kepulangan kita orang. Kira macam lirik lagu raya Aman Shah la.....
.
Apabila tiba aje kat Abu Dhabi, kami dah seronok dah sebab dah nak balik Malaya. Kami ramai ramai pergi ke transfer desk untuk ke terminal 3. Ayooooooo...rupanya nak check transfer luggage kita buat cara manual. Memang kelam kabut and tak pro langsung. Aku pun dah mula pot pet. Tak kiralah orang suka atau tidak. Kadang mau ajar sikit orang yang kasi kidmat hampeh dan haprak macam nih.
.
Bila sampai terminal 3 untuk check in tetiba bila nengok boarding pass, flight delay 6 jam. Aduhhhh......... potong steam aje perasaan kita ni. Tapi utk flight ke Singapore ok plak. Sekali lagi kami temsion. Sapa yang kena konek flight outsite KL kena deal lain plak. Etihad Airways minta maaf and kasi kita hotel. Abe yang best sebab dapat upgrade ke business class. Yelah sebab dia orang dah tak leh provide hotel kat KL. Tapi Abe kata bulan puasa tak leh makan wat pe. Tak kisahlah janji business.
.
So kami ramai ramai macam rombongan Che Kiah dan rasa macam pelarian Hai Hong pun ada menuju ke hotel. Penat bukan main di buatnya. Boleh imagin tak. Kita tiba pukul 7.40 malam and about pukul 11.00 baru tiba di hotel. Aku pun apa lagi cari peluang lah untuk beli jam hari raya. nanti aku tunjukkan jam aku tuh ok...

Comments

Popular posts from this blog