Semalam ada program bacaan Yasin dan solat Hajat di anjurkan oleh sekolah anak dara aku sempena peperiksaan UPSR pada minggu hadapan. Kali ini program ni di adakan di masjid. Aku pun pergi lah ke sana dari mula program sampai selesai. Anak dara aku ni tak habis habis ingatkan aku takut aku cuba nak cilop. Aku kata Ba mesti pergi. Tak kan kita tak nak ambil bahagian. Sebelum pergi aku siap pesan kat wife aku tolong baca Yasin dan solat hajat sama di rumah. Bab bab macam ni kedua ibubapa kena ambil bahagian baru ada kekuatannya. Minggu depan tiga hari depa akan menduduki peperiksaan. Ada parents duduk di atas tikar sembahyang membaca Yasin dan solat hajat sampai anak habis exam. Aku memang tabik parents yang macam ni.
Regent Park Mosque London Setiap hari Khamis malam Jumaat aku akan ke London untuk ke Algate East Mosque, Christian Street, London. Masjid ini dahulunya adalah synagogue. Apabila komunity Islam sudah bertambah di kawasan ini, terutamanya warga Bangla, maka ramai orang orang Yahudi yang berpindah ke North London. Selalunya aku akan terus dari kelas ke sana yang memakan masa selama 30 minit by train. Kadang kadang ada member teringin nak ikut tapi selalunya aku seorang lone ranger aje. Di samping dengar bayan sekali sekala seronok juga boleh jumpa dan borak dengan member2 yang lain. Di sinilah aku selalu jumpa Abang Qasim aku tuh. Kalau aku dah penat dan rasa dah lewat untuk pulang ke rumah, aku iktikaf aje di masjid. Kalau aku iktikaf Abang Qasim lah yang selalu sediakan bistra untuk aku. Sayang dia kat aku...hehehehe. Esok paginya kadang aku terpaksa ponteng kelas sebab lewat. Lagi pun subjek tu bukanya ada exam pun. Jadi week end sahaja aku selalu lepak di rumah member member aku yan...
Comments