Raya Oh Raya...
Beginilah rupanya SOGO pada bulan Ramadhan. Kadang terfikir juga adakah bulan Ramadhan ni bulan melayan nafsu atau bulan melawan nafsu. Sana sini orang berpusu pusu shopping. Setengah orang mengambil kesempatan bulan Ramadhan ni untuk mencari duit sebanyak mungkin. Tapi dalam kita mencari rezeki yang halal jangan pula lupa untuk menjaga solat. Takut rezeki yang halal akan bertukar menjadi haram tanpa di sedari. Sepanjang aku bermusafir di bulan Ramadhan, aku rasa di Malaysia sahaja orang sambut Hari Raya macam nak rak. Bukan satu hari tapi sebulan. Aku nengok masyarakat di negara lain sambut raya ala kadar sahaja. Jangan kita asyik berbelanja tanpa di sedari, kocek atau tabung dah rentong. Bulan depan kena ikat perut sebab bajet dah lari. Kalau macam tu dah tak ada rumah terbuka la ye..... Nampak orang datang cepat cepat tutup pintu ye...... So berbelanja lah dengan berhemat.
Comments