Seperti yang aku ceritakan pada laman blog yang lalu, pilihan pakaian kanak kanak perempuan memang tak banyak. Maksud aku pada harga yang berpatutan . Kalau yang mahal tu lain cerita. Dalam banyak banyak kedai aku rasa The Reject Shop saja yang ada pilihan skit. Dua hari lepas aku ke Parkson Rawang. Memang tak ada pilihan langsung. Kadang tak boleh imagine design yang di jual tu sapa lah yang nak beli. Pernah satu ketika aku terfikir untuk membuka butik untuk kanak kanak perempuan. Tapi masih menjadi angan angan. Nak jadi kenyataan tak tahulah. Tapi aku beli jugalah untuk anak dara aku yang kecil molek tu. Kalau tidak dia merajuk satu hal pulak. Apa apa pun dia tetap gembira sebab hari ni dia dapat banyak baju.
Regent Park Mosque London Setiap hari Khamis malam Jumaat aku akan ke London untuk ke Algate East Mosque, Christian Street, London. Masjid ini dahulunya adalah synagogue. Apabila komunity Islam sudah bertambah di kawasan ini, terutamanya warga Bangla, maka ramai orang orang Yahudi yang berpindah ke North London. Selalunya aku akan terus dari kelas ke sana yang memakan masa selama 30 minit by train. Kadang kadang ada member teringin nak ikut tapi selalunya aku seorang lone ranger aje. Di samping dengar bayan sekali sekala seronok juga boleh jumpa dan borak dengan member2 yang lain. Di sinilah aku selalu jumpa Abang Qasim aku tuh. Kalau aku dah penat dan rasa dah lewat untuk pulang ke rumah, aku iktikaf aje di masjid. Kalau aku iktikaf Abang Qasim lah yang selalu sediakan bistra untuk aku. Sayang dia kat aku...hehehehe. Esok paginya kadang aku terpaksa ponteng kelas sebab lewat. Lagi pun subjek tu bukanya ada exam pun. Jadi week end sahaja aku selalu lepak di rumah member member aku yan...
Comments