Itu dia bahan bahan untuk buat orange and date cup cake. Siap dengan buku resepi lagi. Senang aje cara cara dia. Timbang dengan betul dan terus terjun dalam mangkuk untuk di putar. Kira dalam masa 20 minits siap untuk di ovenkan. Bila dah lembut dan bertukar warna akhirnya masukkan pitted dates yang telah di cincang.
Inilah anak aku Syamim and Ikhlas yang turut membantu. Saja nak ajar depa lepas tension. Shamim tu baru habis exam UPSR kertas maths 1 pagi tadi. jadi aku ajak dia sama sama release tension. Ikhlas tu pulak lepas tension sebab asyik berebut Iphone dengan Yusuff.
Tugas untuk memarut range tu aku tugaskan pada Syamim. Ikhlas pun nak buat juga. Sebab aku nak cepat aku tak kasi dia buat. Esok aku kasi dia buat untuk kek yang baru.
Setelah semua bahan siap aku masuk kan aje dalam bekas untuk di putar dalam masa 5 minit. Moderate speed aje.
Inilah orange and date cup cake yang telah siap untuk di makan. Syamim kata dia nak bawa ke sekolah besok untuk makan bersama sama dengan kawan kawan dia. Esok ada dua paper lagi iaitu BI and Sains. Lepas tu boleh sambung raya sakan. Aku doakan Syamim akan mendapat keputusan yang cemerlang. Week end kita rai dengan banana and carrot cake pulak ye. Boleh kita makan bersama sama dengan kak Kiz.
Comments