Kita Makan Nasi Briani


Hari ini anak dara aku Balqis and anak teruna aku Ubai akan balik ke asrama. Aku masak nasi briani untuk mereka. Tapi lauknya aku suruh wife aku buat masak merah ayam. Aku siap gorengkan ayam. Mulanya nak masak kari special aje tapi dalca buah 'mungge' semalam sedap dan ada lagi so aku suruh wife aku masak merah udahlah. Korang tau ke buah 'mungge' ni? Orang utara memang tau sangst buah ni. Ianya seperti kacang kulit bersirat sepanjang satu hingga satu setengah kaki. Kalau buat kari atau dalca memang sedap. Nak makan tak susah. Korang hisap dan gigit macam makan ketam. Isinya memang sedap. Tapi orang kata buah ni angin and kadang makan pening kepala. Tapi aku ok aje.
.
Balik sembahyang jumaat baru kami belasah makan nasi briani sebelum hantar anak dara aku ke hostel. Kira habis sehingga menjilat jarilah. Minggu depan kalau ada kelapangan bolehlah ajak member aku datang untuk menikmati nasi briani aku ni.

Comments

Popular posts from this blog