Bila Otai Otai Nak Raya



Cubalah lihat gambar kita orang? Boleh imagin tak bila otai otai nak raya. Wow bergaya sakan. Cuba lihat siapa kah yang paling riang dan ceria bangat. Mestilah Kekanda Said. Yang best tu depa tiga orang dah siap janji pakai baju belang. Abe Omar pulak siap bergaya dengan kod koldroy lagi. Aku macam biasalah sentiasa ranggi and macho. Ewah ewah puji diri skit. Gambar ni kami ambil selepas selesai berbuka di airport. Kira baru selesai fobia timbang menimbang. Kalau aku nak hurai fobia timbang menimbang ni rasanya tak habis nak tulis. Tension bangat. Ada yang kata, bila sampai aje airpot mesti darah gemuruh. Betullah tu.
.
Airport ni baru rasmi 6 bulan lepas. Tapi service macam si**. Semua muka nak paw aje. Lambat lepa nak minta duit kat kita. Aku kalau dia cakap banyak dah ready nak kata" Tak kenal dosa dan problem kubur ke". Tapi aku nak cakap dalam bahasa Turkmen la. Kalau dia nak timbang juga luggage aku, aku siap nak diri atas timbang tu. Biar dia tahu dan baru padan dengan muka kita semua. Nak tau, keadaan kita akan tenang hanya selepas meninggalkan negara ni. Rasa macam di lepaskan dari rantai gergasi.

Comments

Popular posts from this blog