Kenduri Laksa/ Lan Laksa
.
Hidup di sini kalau nak happy happy atu ceria kena kreatif and rajin. Kalau tidak hidup ini akan boring and tak keruan jadinya. Dan satu lagi kena ada aktiviti yang manafaat. Di sini ada ramai peminat laksa. Ada yang minat mengalahkan orang Utara. Aku pun minat juga laksa tapi kalau tak ada otak udang aku makan gitu gitu aje. Setiap kali kalau aku balik ke Mesia wife aku dah siapkan laksa di rumah. Satu lagi aku suka sangat kalau salad tu ada daun pudina.
.
Hidup di sini kalau nak happy happy atu ceria kena kreatif and rajin. Kalau tidak hidup ini akan boring and tak keruan jadinya. Dan satu lagi kena ada aktiviti yang manafaat. Di sini ada ramai peminat laksa. Ada yang minat mengalahkan orang Utara. Aku pun minat juga laksa tapi kalau tak ada otak udang aku makan gitu gitu aje. Setiap kali kalau aku balik ke Mesia wife aku dah siapkan laksa di rumah. Satu lagi aku suka sangat kalau salad tu ada daun pudina.
Kalau korang nak tau sapa tu chef laksa kita orang, itulah dia Mazlan Sidek. Dia adalah pakar laksa. Asal dari Langkawi. Kalau ke Langkawi tanya saja anak cikgu Sidek mesti satu Langkawi kenai sebab depa adalah orang kaya di sana. Tapi kalau sekali imbas memang orang ingat Mat Bangla Keje kat MacD. Bahan bahan tu jangan tanyalah mana kami dapat. Kalau dah kempunan tu pandailah kita orang mencarinya. Supplier banyak. Oleh kerana nak cari ikan tamban atau ikan kembong atau ikan yang sealiran dengannya susah nak dapat, kami godak pakai sadin aje.
Ni Rizal salah satu peminat laksa. Dia bukan orang Utara, tapi orang Ganu. Depa ni kalau makan laksa memang macam makan nasi. Serera aku nengok depa makan. Seorang lagi kaki laksa tahap ekstrem gaban tak ada kat sini sebab dia balik bercuti. Kalau dia rembat laksa aku nengok pun terkejut. Tapi kalau aku ada dia macam malu malu kucing siam. Tapi sekarang dia dah tak segan sebab terlampau fanatik telah mengatasi segala galanya. Nanti bila dia balik semula ke sini aku akan kenalkan pada korang ok.....
Tu dia salad laksa. Ala kadar sahaja sebab nak cari ulam yang lain kena keluar bandar. Ada timun, bawang and cili pun kira oklah. Tapi kalau makan laksa yang kasi ummppp tu adalah bawang. Kalau x ada bawang rasa laksa macam cacat semacam.
Tu dia kuah laksa. Siap masak pakai rice cooker. Korang rasa terliur and berbau tak??? Mestikan..... Sebenarnya adegan memakan laksa ni boleh kata setiap minggu. Tapi kalau member fanatik kita tu kalau boleh hari hari dia mau. Lepas tu boleh take away lagi. Kadang tu siap simpan untuk breakfast. Aku???? Aku makan ala kadar aje sebab control makan.....ciwah....
Selalunya korum kita dalam 4 orang sahaja dan muka muka yang sama juga. Yelah....perkakas pun kecil. Kalau ramai orang di jemput parah jugalah. Jadi kalau ke bandar mesti kena beli stok sadin banyak banyak. Sebenarnya aku pun tak tahu laksa ni asalnya makanan masyarakat mana. Tapi aku dah pesan pada member aku tu bila balik ke sini jangan lupa beli otak udang. Aku rasa kalau next time masak mesti orang tercari cari siapakah yang sedang memasak laksa yang lazat tu.
.
Tapi mulai sekarang kalau tak dapat kerja bila balik dan kalau ke Langkawi jangan lupa mencari gerai Lan Laksa. memang famous...
Comments