Nostalgia.... Nostalgia....
Hari ini satu hari aku tak kelur bilik. Lepak depan computer lepas tu lepak ats katil dan terus tidur. Tahu sajalah bulan puasa memang terjadi malas nak buat apa apa. Sekali sekala aku chat dengan member member yang ada di merata dunia. Masa chat dengan my friend yang tinggal satu kawasan kat Rawang yang berkerja di Libya, tetiba dia kata kawan kawan dia sedang asyik dok dengar lagu raya. Jadi, baru aku teringat yang aku pun ada juga lagu lagu raya dalam koleksi aku tu. Tambah lagi bila mendengar lagu P. Ramlee, Dendang Perantau. Pughhhhhhh....terus ingt kampung, mak aku yang tinggal sorang diri kat kampung and famili aku. So aku pun gather semua lagu lagu raya and terus bernostalgia seorang diri dalam bilik.
.
Insyaallah 18th September ni aku balik untuk cuti raya. Bila dah nak balik ni mulalah tak dak mood nak buat apa apa pun. Orang kata badan aje masih ada di sini tapi jiwa raga dah berterbangan dan melayang ke kampung halaman bersama kaum keluarga, isteri dan anak anak. Aku capai talipon, dan rasanya di sana dah dekat berbuka tetapi anak anak aku tak seorang pun pick up the phone. So aku call mak aku. Rupanya masih di dapur memasak walaupun untuk dirinya sahaja.
.
Baju raya anak anak pun belum beli lagi. Semuanya masih menunggu kepulangan aku untuk beli baju raya. Untuk Ubai dan Wan dah di beli seluar masa aku ke Istanbul bulan July yang lalu. Baju kurung untuk anak-anak dara aku dan wife sudah lama di tempah. Tapi rasanya mereka masih menanti aku pulang untuk di tmbah lagi pkaian raya mereka. Bila aku talipon Shhadah dan İkhlas sudah beritahu baju yang mana yang mereka mahu dn aku cuma iakan sahaja. Untuk aku tak perlu di hiraukan sebab sudah biasa dengan pakaian yang lama. Bila bila aku boleh beli. Tapi yang penting untuk anak anak. Bila melihat mereka gembira beraya aku pun turut terhibur.

Comments

Anonymous said…
lama betul ur trip this time ya.. teringat tart nenas that i bought from ur wife last year... can still order ka for this year? perhaps 2 bekas?

Lia tu leh jadi model cat yg betul2 can do catwalk..hehehehe

oh ya, pekan rawang sepanjang u were gone pun byk lain - tempat tunggu bas yg dekat belakang kedai ali maju sebelah secret resepi tu dah siap, restoran Shrimp Talk yg dekat2 al-ikhsan tu dah bungkus (kami pun tak sempat pergi..)
Abu Ikhlas said…
Ju, mmg lama kali ni sebab nak balik raya. Pejam celik pejam celik dah dekat 4 bulan kat sini. Lia mmg nakal and selalu main dgn dia dlm bilik dan yg dua eko lagi dah tak nak dok bilik. Bila nak makan aje balik.
Tart dah tak jual lagi sebab barang melambung tanpa henti and tak sampai hati nak jual. Buat untuk anak anak aje.

Popular posts from this blog