Buying A Second Home

.
Balik baru ni, aku sesaja pusing pusing di kawasan perumahan tempat aku tinggal. Walau pun kawasan ni sudah tak ada lagi development semacam hidup segan mati tak mahu namun aku semakin jatuh cinta dengan untuk terus tinggal di sini. Pertama sekali sekolah dekat sangat dengan rumah aku samaada sekolah menengah atau sekolah kebangsaan. Anak anak aku senang saja nak kesekolah. jalan kaki 5 minit sampai. Keduanya kawasan ini seperti 'dead end'. Jadi anak anak senang di jaga dan awasi. Kita tahu kemana mereka pergi dan dengan siapa mereka berkawan. Finally semua kemudahan sudah ada walau pun tak seratus peratus. Paling tidak ke Bandar Rawang yang membangun tanpa henti untuk shopping. Semua ada. Jadi tak perlu ke KL lagi.
.
Last year aku beli kondo. Tapi finally kensel bila harga minyak naik mendadak. Sampai sekarang aku tak claim duit aku balik. Mungkin pada home leave yang akan datang aku akan selesaikan semuanya. Tak banyak pun duit yang aku nak claim tu. So no hurry. Tapi niat untuk memiliki kondo masih tersirat dalam sanubari aku ni. Entahlah apa pasal aku nak sangat memiliki kondo ni. Orang tua tua kata saja gatal tangan. Mungkin kut. Aku ke MAPEX di Midvalley and memang berkenan sangat nak beli kondo tapi 'the other of me' keep on saying sabar dulu, jangan beli. Aku berlawan dengan perasaan. Melihat pada harga yang mencanak semakin tinggi, aku pendamkan aje nafsu aku buat sementara waktu. Dengan ekonomi yang semakin gawat dan tak menentu elok aku simpan duit saja. Silap haribulan konco yang di beli terbengkalai sebab pemaju lingkup, sekali dengan aku boleh jadi papa kedana. Oklah....jangan gamble...bahayakan diri sahaja.
.
Satu hari aku ajak wife aku jalan jalan untuk bawa Yusuff bersiar siar di kawasan perumahan ni. Sambil tu mata aku liar mencari iklan iklan yang menulis rumah untuk di lelong. Aku terus pusing lagi dan aku nampak rumah rumah yang mahu di lelong dengan harga below 50% dari harga asal. Wow murah tu. Tiba tiba aku terpandang sebuah rumah intermediate lot terpampang iklan untuk di lelong. Harganya memang murah sangat. Aku rasa tertarik dengan rumah tersebut sebab design cantik serta banyak lagi alasan yang lain untuk aku memilikinya.
.
Aku terus capai hand set dan call number yang tertera. Bila agent menjawap aku terus bertanyakan tentang rumah tersebut. Finally aku buat appointment untuk ke pejabat agent lelongan hartanah awam. Besok tu aku pun bergi ke pejabatnya. jenuh juga aku mencari sebab dia beri petunjuk yang tersilap tapi akhirnya aku pun sampai juga ke situ. After briefing procedure lelongan dan sebagainya aku pun bersetuju untuk masuk bid. Esok tu aku dengan agen masuk ke bank untuk buat bank draf 5% dari harga lelongan untuk register nama masa bidding yang akan di lakukan di KL. Oleh kerana kesuntukan masa aku suruh agen sahaja yang bid on my behalf. Aku tahu memang mahal kalau agen yang wakilkan sebab komisyennya dah sampai RM2000. The day before aku berangkat ke sini aku di talipon agen and inform me that aku dah berjaya and lelongan contract akan siap dalam masa dua hari selepas dokumen di sign oleh lawyer.
.
Firstly aku ingat nak ambil loan sahaja. Tapi bila aku jumpa bank and di beritahu bahawa aku kena ambil insuran damge property yang di wajipkan oleh bank aku terpaksa fikir 2,3 kali. Mata taknya, aku kena bayar premium sebanyak RM1700 setahun. Lepas tu aku kena bayar lawyer untuk S&P and tukar hak milik rumah. So aku rasa aku kena bayar duit upfront banyak sangat tak tentu pasal. After fikir dengan semasak masaknya aku buat keputusan untuk bayar cash sahaja kepada bank(owner). So aku kena setelkan pembayaran another 90% dalam masa 4 bulan. Insyaallah dapatlah aku kumpul duit skit. Aku suruh wife aku jumpa lawyer untuk urusan tukar hak milik and the remaining aku yang akan deal dengan lawyer tu.
.
RUmah lelong ni pun aku beli bukannya uuntuk di buat sewa. Tapi sesaja aje. Kalau di fikirkan 10 tahun yang akan datang mana ada lagi rumah yang murah yang boleh di diami di sekitar lembah kelang. Kalau ada pun mungkin sejauh Ceruk To'kun tu. Then masa tu kalau nak beli rumah mungkin gaji pun tak setimpal untuk buat loan bank. Jadi mungkin untuk anak anak aku kot. kalau depa nak aku jual la kat depa kan. Walau bagaimana pun cerita rumah lelong ni tak habis di sini saja. Ada lagi episod yang akan datang untuk sama sama berkongsi pengalaman.
.

Comments

Popular posts from this blog