Sukan Sekolah
.
Pada 1st March yang lalu diadakan sukan sekolah anak aku. Anak aku Syamim mewakili rumah dia lari berganti ganti 4x100. Oklah dia menang dapat johan. Kalau nengok saiz badan dia memang tak sangka dia kuat lari. Orang kata kecik2 cili padi. Sebelum tu dia kata dia dah johan dalam acara 4x200. Aku kagum nengok semangat dia sebab anak aku ni memang suka masuk segala pertandingan dengan sukarela. Sekarang dia berlatih untuk memasuki pertandingan coral speaking peringkat sekolah. Cikgu kata dia wajip masuk sebab suara lantang. Tiga hari lepas sempena Maulud Nabi dia dapat tempat ketiga dlm pertandingan bercerita tentang sejarah Islam.

Aku dah bangun awal pagi untuk ke temasya sukan. Lepas aje breakfast mata aku dah tak boleh nak buka dah sebab semalam baru sampai Malaysai. So aku pun terlelap di bilik Hadi. Sedar sedar dah dekat pukul 11. Apa lagi aku terus ajak Ubai bersiap ke majlis sukan dan lepas tu terus ke Lowyat sebab nak beli printer dan beberapa barang.
Inilah kemah para peserta. Aku cuma melihat dari kejauhan aje. Sesampainya aku acara 4x100 meter untuk perempuan tahun 5 baru nak bermula. Kira sempatlah aku mekihat anak dara aku berlari.

Ramai juga para ibubapa yang hadir untuk meriahkan lagi suasana. Itulah anak aku yang berbaju kuning kecil molek tu. kalau banding dgn saiz bapa dia memang lain beno.

Bila dia pulang aje ke rumah siap tunjuk pingat yang dia menang tu. Aku pun turut berbangga and ucapkan tahniah untuk usaha dia tu.

Comments

Popular posts from this blog