Jom Naik Beca



Kalau tak silap, kali terakhir aku naik becha masa aku di Bangladesh. Masa tu aku di hantar ke sebuah kampung lebih kurang 80 batu dari Bandar Dacca. Masa tu aku nak pergi ziarah seorang. Pengayuh beca tu seorang budak aje. Aku rasa dalam umur 12 tahun. Kecil dan kurus. Masa tu dia terpaksa kayuh naik bukit. Aku nengok dia terhegeh hegeh kayuh beca tu. Aku kesian nengok dia kayuh aku terus suruh dia berhenti. Aku kata biar dia duduk belakang dan biar aku yang kayuh. Aku ingat dia akan berhenti tapi rupa rupanya lagi laju dia kayuh. Terperanjat aku. Kuat rupanya budak ni. Cerita ini sudah berlalu 22 tahun yang lalu. Lama kan.....
.
Masa ke Bandar Melaka baru ni aku pun bawa anak anak aku naik becha. Oleh kerana kami berlima maka beca tak muat. Aku terpaksa ambil dua beca. Satu pusingan dari gereja merah tu ke Afamosa cuma RM10 saja. Tapi kalau berhenti untuk bergambar di Afamosa tu harga dia RM15. So semua sekali aku kena bayar RM30. Rupa rupanya wife aku dengan anak aku Safwan dan Yusuff dah naik beca dulu dari kami. Wah senang sungguh dapat duit jadi pengayuh beca. Tak macam cerita P. Ramlee tu Penarik Beca. Hidup susah dan sengsara.
.
Yang best tu beca ni berwarna warni dengan bunga bunga plastik. Kadang naik rimas jugak. Ada juga yang siap letak speaker dengan lagu Britney Spears. Wah rock jugak pemgayuh beca ni.

Comments

Popular posts from this blog