Masjid Tanah, Melaka

Aku sangat tertarik dengan nama nama tempat di Melaka. Kebanyakan nama ada maknanya dan di ambil dari nama benda, tumbuhan dan sebagainya. Contohnya seperti, Durian Daun, Lubuk Cina, Kandang, Tanjung Keling dan banyak lagi. Aku rasa lebih kurang 19 tahun yang lalu aku ada berehat sebentar di Masjid Tanah. Iaitu Masjid ıtu sendiri (masjid dalam gambar kot). Pada masa tu sekitar kawasan ni rasa indah suasana desa. Nyaman sekali. Tapi kali ni teramat berbeza. Aku rasa masjid ini sangat unik dan salah satu masjid yang tertua di Malaysia. Baru baru ni semasa aku memandu dan merayap di kawasan ini tersa sangat berbeza sekali. Orang Melaka kalau baca coretan aku tolong kasi info skit. Aku tau Lia(bukan kucing persian hidung kemek aku tu) dan Hashim tu mesti baca tulisan aku ni. Sebab dia salah seorang orang Melaka yang meminati blog aku.

Comments

Anonymous said…
pembangunan di negeri melaka terlampau 'rancak' berbanding negeri2 lain.... sehingga kami anak melaka 'minta' agar diperlahankan sedikit terutama pembukaan pasaraya2 hyper seperti tesco, mydin, giant,bintang,cowboy dan lain2 yang terlampau banyak tidak setara dengan jumlah penduduk negeri....melaka antara negeri paling minimun org yg mengganggur...

Popular posts from this blog