Anak Anak Kita



Anak Anak Kita
.
Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu
Ketakutan hari-hari ini

Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal
Budaya canggung bangsa sendiri

Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang

Anak-anak kitakah yang bermain
Di hutan belukar
Dengan senapang kayu ubi
Cambah tak kenal bahaya

Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
Bila petang
kerana terlalu sibuk main lastik
Dan berpistolan
Pistol-pistolan

Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan dimomok lagi

Fikir
Selamatkah kita di tangan tukang karut itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan tuhan-tuhan itu

Aku rasa aku jarang atau tak pernah dengar lagu ni. Masa balik baru ni aku down load lagu M Nasir. Lagu dia ni seronok di dengar sebab terdapat banyak pengajaran dan maksud tersirat dan perlu hayati betoi betoi baru boleh faham. Bila aku dah beli woofer baru dalam bilik and bila dengar lagu baru best skit sebab ada dentum dendam nye. So aku kumpulkan semua lagu lagu retro yang penuh nostalgia masa zaman muda muda dulu. Bila dengar banyaklah kenangan manis dam masam yang aku teringat. Jadi aku pun mula lah dengar lagu 'Anak Anak Kita' ni. Untuk menghayati senikata tu aku download seperti yang tertera di atas.
.
Seperkara yang aku amati dalam lrik tersebut aku teruja dengan rangkap 'Senapang kayu ubi'. Aku masih ingat lagi masa kecil tu main hoki pakai kayu ubi dan bola pakai tin susu cap junjung. Bila hujung minggu memang acara meredah hutan belukar untuk melestik burung dan mencari anak anak burung. Nampak saja pokok mesti nak pamjat untuk cari sarang burung. Kalau nampak lubang di tebing sungai mesti nak seluk untuk mencari burung king fısher.
.
Kadang kadang terjun sungai untuk mandi manda dan mencari ikat. Siap dengan senapang lagi. Semua dengan kepakaran sendiri untuk mencipta senjata tersebut. Kadang pagi lagi dah keluar ke sungai dan petang baru balik. Tak ingat dah rumah walau perut lapar. Masa tu ibunda pun tak kisah sangat dan keadaan sekeliling tak bahaya sangat. Tak ada langsung cerita culik kanak kanak. Cuma ibunda selalu ingatkan ada orang potong kepala untuk buat jambatan keretapi. Masa tu takut juga.
.
Selalunya permainan kami bermusim. Sekejap main ini dan sekejap main itu. Tapi kami seronok dengan semua permainan yang kami reka sendiri. Apabila tia musim berangin aku dan rakan rakan akan mula mencipta layang layang. Aku agak pakr juga untuk buat layang layang. Bukan sahaja yang biasa tetapi juga yang hebat hebat seperti wau bulan. Aku akan mencari buluh di lunggukan sampah yang di bunag oleh cina pembuat bakul. Aku rasa kedai cina tu pun dah tak ada. Sekarang orang dah tak pakai lagi bakul buluh sebab orang dah pakai bakul plastik. Beberapa bulan yang lalu masa aku melihat cerita 'The Kite Runner' aku segar teringat zaman kanak kanak berkejaran berlari mencari layang layang yang putus tali.
.
Aku selalu bercerita pada anak anak aku tentang zaman kanak kanak yang penuh dengan keseronokan. Oleh kerana tidak mempunya wang yang cukup kami berkreatif sesama sendiri untuk mencipta banyak perkara. Semuanya aku buat sendiri. Tapi sekarang anak anak aku tidak lagi seperti zaman aku. Bersusah payah......serba kekurangan untuk menikmati keseronokan hidup. Bagaimana pun kami tetap gembira untuk bercerita dan terus bermain pada esok hari.




Comments

Popular posts from this blog